Saturday, March 24, 2018

Utmspace !






Asslaamualaikum semua :)

Alhamdulillah , sekarang dua bulan kedua aku meneruskan pembelajaran di UTMSPACE . Masih dalam bidang yang sama . Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Awam) Sudah agak lama aku tidak mengaktifkan diri di sini . Cepat sungguh masa berlalu dan aku masih tidak percaya sudah hampir 3 tahun aku menamatkan zaman Diploma .

Sungguh aku terlalu rindu dengan kelas , assignment dan kawan kawan . Walaupun ada kawan yang baik mahupun tidak , aku tetap rindu . Siapa yang tidak rindu dengan zaman belajar semasa bekerja setiap hari mengejar masa , mengejar dateline dan sebagainya . Rindu dengan ketenangan waktu belajar dulu daripada menghadapi cabaran bekerja .

Dan , niat aku untuk sambung ijazah masih belum terpadam . Walaupun sudah menginjak ke angka 24 tapi bagi aku umur itu belum diklasifikasikan tua . Aku percaya aku masih muda dan masih ada tenaga untuk sambung . Sementara aku masih belum ada komitmen . Aku percaya aku mampu untuk sambung pengajian secara separuh masa . 

Aku tidak berseorangan . Rupanya classmate aku dulu pun masuk kelas yang sama . Alhamdulillah sekurangnya aku tidak berseorangan di sini namun jangan la asyik masih bersama orang yang sama , sebaiknya kita luaskan lagi jaringan supaya dapat menimba pelbagai pengalaman dari orang lain yang mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza .

Semester pertama ini aku ambil 4 subjek . Bahan Kejuruteraan Awam , Matematik Kejuruteraan 1 , Mekanik Struktur dan Olahan Air . Kelas aku cuma berada pada hujung minggu sama ada di bangunan UTMSPACE, Ampang Park atau di UTM, Kuala Lumpur .

Aku bukanlah cepat belajar , cuma aku cuba memfokuskan diri dalam kelas . Dari hari Isnin sampai Jumaat aku cuba untuk belajar sampailah aku rasa mengantuk . Semangat tu ada tapi kekadang kalah dengan penat yang melanda . Kerja pejabat pun rasa penat apalagi kerja berat yang lain . Aduhai .

Hari ni hari Sabtu . Aku kerja separuh hari . Separuh hari lagi aku belajar . Esok pun sama . Doakan aku untuk terus kuat mengejar cita-cita .

InsyaAllah ;)


Wednesday, October 14, 2015

Konvokesyen PSIS kali ke-10 : 11.10.15


Assalamualaikum ,

Sudah lama aku tidak update blog ni . Pada Ahad 11.10.15 lepas aku dijemput hadir ke Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah Kali ke-10 . Alhamdulillah , hadir sebagai graduan yang menerima Diploma Kejuruteraan Awam secara rasminya setelah 3 tahun berjuang di bumi Sabak Bernam .

Sekarang ni , sudah masuk bulan ke-4 , aku bekerja sebagai Junior Draughsperson atau Drafter lebih dikenali sebagai Pelukis Pelan di Kuala Lumpur . Alhamdulillah , jikalau ada rezeki aku mahu sambung Pengajian Jarak Jauh di UTMSPACE nanti . InsyaAllah .

Dalam jangkamasa 3 tahun ni , bermacam dugaan yang aku lalui , segala perasaan jatuh bangun sedih gembira suka duka , tangisan selalu mengiringi langkahku tapi aku walau apapun takkan pernah putus asa . Aku gagahkan jua melangkaui hari tanpa jemu . Alhamdulillah , inilah aku pada hari ini . Terima kasih Ya Allah segala kurniaanMu pada saat ini aku mensyukuri segala kebahagiaan yang aku lalui hari ini . Di luar sana ada banyak lagi cabaran harus aku tempuhi , semoga Allah permudahkan segalanya , InsyaAllah :)


Terima kasih semua ;)


Friday, May 8, 2015

Laman Web Utama Mencari Pekerjaan di Malaysia





Assalamualaikum WBT .

Pada kali ini , aku mahu menunjukkan beberapa laman web utama yang berfungsi sebagai lama pencarian pekerjaan yang popular sekarang ini .

Sebaik saja tamat kuliah , pada fikiran aku , aku betul-betul mahu bekerja sebelum walaupun nanti aku akan menyambungkan pelajaran dalam Sarjana Muda secara separuh masa . Ini adalah contoh-contoh laman web utama untuk mencari pekerjaan di Malaysia .


Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA)

JobStreet.com

JobStreet.com
JobsMalaysia.my

JobsMalaysia.my

MyStarJob.com

MyStarJob.com

JenJobs.com

JenJobs.com

Okay . Ini sahaja .

Bagi kawan-kawan yang masih menanti peluang pekerjaan , mohonlah sekarang . Good luck semua :)


Sunday, March 29, 2015

Minggu Akademik Projek Akhir Kejuruteraan Awam 2015

Booth 44
Assalamualaikum semua !

Minggu lepas berlangsung perbentangan projek akhir . Alhamdulilah , sepanjang tiga hari exhibition ni berlangsung even penat berdiri dan jadi penerang kepada adik-adik junior dan rakan-rakan dari kursus lain . Rasa seronok sangat sebab minggu ni aku dapatlah jugak kawan baru , kenal kawan-kawan dari kelas lain dan makin rapat dengan kawan-kawan kelas sendiri . HUHU .

Sesi Perbentangan

Untuk perbentangan , kita orang bentangkan sebanyak tiga kali , panel pensyarah dalaman sebanyak dua kali , panel dari industri sekali . Perbentangan pun berjalan lancar sebab panel dalaman pun respon dengan okay . Sebelum present dekat panel , aku try la jugak practice dengan menerangkan projek aku kepada rakan-rakan serta adik junior yang sudi singgah kat booth aku . HUHU . Lepas tu , dah tak rasa berdebar . Present pun tak pakai slide . Dan , aku confident sangat present dalam Bahasa Inggeri walaupun pada mulanya aku taklah yakin sangat .

Selfie dengan rakan sekelas :)

Dengan rakan Projek Akhir :)

Even tak dapat apa² anugerah untuk Minggu Akademik Projek Akhir , muka aku masuk video montaj pun jadi la . HAHA . Harap aku dapat buat yang terbaik untuk Peperiksaan Akhir Semester 6 . Tiada apa yang aku harapkan selain rezeki yang mencurah , kejayaan dan keberkatan yang akan datang serta orang yang dapat menerima aku seadanya , suatu masa nanti Insya-Allah :)


Saturday, August 23, 2014

Minggu yang memenatkan


Minggu yang memenatkan bagi aku . Tak cukup lagi kisah aku berseorangan tidur di rumah sewa malam Ahad . Aku rasa serik untuk ditinggalkan bersendirian .

Aku fikir dan aku berharap semester ini akan berlalu seperti biasa tanpa ada apa-apa masalah hati dan manusia . Aku tidak tahu apa salah aku dan aku tahu aku tidak mampu memenuhi kepuasan semua orang . Aku tidak kisah , aku buat kerja sendiri , aku selesaikan kerja sendiri , aku buat hal sendiri , aku belajar sendiri , aku makan sendiri , aku pulang sendiri , aku tidak suka menyusahkan orang lain dan diri sendiri , dan orang suka hati kata aku hidup dalam dunia sendiri . 

Aku sudah kata , aku tidak mahu semester ini mendengarkan hal yang sama . Orang kata itu dan ini . Aku faham yang mulut orang tidak akan pernah dapat ditutup . Aku tidak mampu , tapi mereka yang tidak faham . Aku terpaksa menghadapi satu-satu situasi dengan jasad kecilku , bertahan dengan kekuatan otak dan hatiku .

Masalah dan isi hati biar aku pendam sendiri untuk semester ini dan depan . Aku tidak mahu lagi mengharapkan cinta manusia . Aku sudah serik bila selalu bertembung orang yang mengkhianati cinta aku bersama kekasih barunya . Aku sebenarnya sudah lama tahu , sebelum masuk semester ini . Tapi , bertembung dengan mereka berdua bersama kawan lelaki aku adalah hal yang adil . Sekurangnya aku tidak menunjukkan aku keseorangan . What you give , you'll get back . Semoga Allah akan balas . Itu sahaja yang aku fikir . 

Tak termasuk lagi dengan daya stress dengan pelbagai kuiz, ujian, projek dan final projek .

Aku berharap , pointer semester ini akan meningkat lagi . Aku dah tak peduli apa orang lain nak kata , lantak kaulah .

Ya Allah , permudahkanlah urusan hidupku ini , aku bertahan sebab keluarga aku dan cita-cita aku .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...