Monday, April 23, 2012

Dear my lovely blog II

Selamat pagi korang . HAHA . Ini memang nak kena marah dengan akak supervisor saya . Sebab , sebelum melangkah masuk kerja , saya masuk cybercafe dulu . HAHA . 

Kids Fair telah dua hari berlalu . Rasanya kerja nak menambah stok sudah pun siap . Yeahh , Akak Mis jom rehat . So , sebelum ke tempat lepakku bersama Akak Mis , aku pergilah market kejap . And , aku just beli air botol mineral JUSCO SELECTION jehh . HAHA . Disebabkan Akak Mis pilih jajan lama sangat . Aku pergi bayar air aku dulu . Takpelah , hari Selasa pun bukannya ramai orang .

Okay then , aku pergi lah cashier berhampiran . You guest what , aku jumpa cashier blurr tuh lagi . Aku pun letaklah botol air mineral tuh . Nak bayarkan ? Then , he said yang cashier tuh dah tutup . Aku pun kata , ye keh ? Baru nak blahh , dia kata gurau jeh ! Sengal , the first time dikenakan oleh cashier muka macam budak budak nih . HAHA .

Then , masa kira tuh aku tanya dia , dia tengah tunggu result SPM keh ? Dia kata Ya . Then , tanya sekolah mana . Sekolah apa ntah aku pun lupa . HAHA . Then dah habis bayar ingat nak masuk dalam market balik . Belakang aku ada lagi customer bawak troli . Aku nak mengelak troli tuh last last aku terlanggar penghadang besi 'NO ENTRY" cashier seterusnya . Aku terkejut kut . Yang paling aku geram , boleh pulak cashier tadi pergi ketawakan aku ! Amboi amboi sedapnya kau gelakkan aku ! And then dia kata apa tau ? "TAK NAMPAK , TAK NAMPAK " . Aku memang geram gila . GRRR !! Then aku blahh masuk malas layan dia .

Masuk jumpa Akak Mis kat Chocolate Apparel , aku ceritalah kat dia . Akak Mis pandang aku jeh gelak , pandang aku jehh gelak . Isyy !! Malang betul . HAHA . Tapi sorry sikit ehh , aku tak rasa malu . Kelakar adalah . HAHA .

Tapi aku tak tahu nama dia . Tak apalah , biar aku panggil dia Encik Operator . Best lah sikit . HAHA . Sekarang pun aku dah tahu nama dia tapi malas nak siarkan dalam blog nih . Nanti dia syok sendiri . Tapi lagi bagus , sebab aku bengang gila asal nampak muka aku jeh BEN10 , muka aku jeh BEN10 . Mentang mentang aku nih Promoter Kasut BEN10 . Tapi bestlah , hari tuh aku sembang sembang dengan dia sekali dengan Nasrul , budak sekolah aku yang kerja part time seminggu yang lalu , baru aku tahu dia tak adalah blur mana pun . Mungkin dia baru masuk kat Jusco kan ? Eleh , kata orang aku mula mula masuk pun macam tuh . HAHA . 

Then , aku pun ada kata yang aku last bulan nih . Siap aku kira 3 kali dia tanya asal aku berhenti . Tapi , aku senyap jeh . Tak tahu nak cakap macam mana . Nasrul tahulah kenapa . Sebab dia pun tahu . HAHA !

Tapi kan , aku tak sangkalah pulak berita aku nak berhenti sudah pun tersebar meluas ke department lain . Macam popular sangat lahh aku kan . HAHA . Apapun , aku memang sayang gila nak berhenti . Sepatutnya Bulan Mei adalah bulan terakhir aku di sini tapi disebabkan perkara yang tak dapat di elakkan aku terpaksa berhenti . 

Hari Jumaat hari tuh aku last jumpa akak supervisor . Dia dah bagi Dharma isi borang sebab Dharma promoter KIKILALA tuh nak ganti aku . Dia tahu gaji aku kat BEN10 memang tinggi . Semua akak akak tanya "Mastura last bila ?" Rasa malas gila nak jawab . Aku cakap kat sorang jeh , yang tanya aku berpuluh puluh orang . HAHA . Sengal berita aku nak berhenti dah semua orang tahu . Baru nak bagi suprise . HAHA .

Aku tanyalah , minggu depan Akak May ada datang lagi tak keh nak ambil punch card jeh bulan depan . Akak May kata nanti dia datang 2hb , then dengan rasa sedih , aku berjabat tangan dengan Akak May . Akak May kata " Tak apalah , you jangan takut tak dapat jumpa I , selama ini pun you dah banyak tolong I " . Then dia pun kata kat Dharma " Dharma , nanti you pun tolong I susun macam Mastura buat " . Time tuh aku memang dah kembang semangkuk sekejap . HAHA . Akak May puji aku siut . Tapi aku bukan nak gebang sangatlah kan , aku memang seorang yang komited nak kerja . Even jadi promoter pun , aku kena susun and jaga elok elok lah stok aku kan . WAHH ! Sayang nak tinggalkan kasut BEN10 aku . 

SAYANG kau BEN10 . Terharu sekejap . HAHA .

Sejak aku masuk Jusco , aku dah kenal ramai orang . Aku dah menghadapi berjuta karenah customer . Even , ayah aku suruh aku jadi cashier macam kat BB KIMWAH tapi aku tak nak . Aku lagi rela jadi promoter daripada duit gaji aku kena potong . HAHA .

Sejak masuk Jusco nih aku dapat ramai kawan , yang silih berganti tapi aku tetap contact dia orang . Aku bersyukur sangat . Kawan yang aku jumpa kat Jusco lagi TERBAEKK daripada kawan yang aku jumpa kat sekolah . Sebab itulah , aku bertekad kerja di Jusco adalah plan aku dari FORM 4 . Aku datang cari kerja pada 3 DECEMBER 2011 . Dan , aku bermula pada 5 DECEMBER 2011 . Aku bermula kerja Jusco pun bermula dari kosong . Aku memang terpinga-pinga time tuh , dengan ramainya orang waktu tuh . Aku datang pun sorang sorang . Kawan sekolah yang selama rapat dengan aku semua jadi musuh aku . 

Mereka yang memusuhi aku , bukan aku .

Aku dah malas nak ingat semuanya , baru aku tahu , di sebalik bangunan Jusco , bermacam ragam pekerja yang aku jumpa . Di sebalik nama promoter dari bermacam macam brand , mereka adalah individu yang lahir dari bermacam situasi even baik mahupun buruk .

Sampailah , aku di kecewakan oleh ex aku . And , dia pun masih berada di sini . Aku tahu , sejak kerja di sini aku sudah berubah . Aku sudah menjadi diri aku yang sebenar . Aku bukan lagi budak perempuan yang takut di sekolah , kalau aku betul , aku yakin aku betul . Yeahh !

Kepada sesiapa yang masih tengah tunggu result UPU , aku doakan semoga korang berjaya . Berjaya mengapai cita cita yang korang idamkan . 

Aku memang sayang counter BEN10 aku . Aku sayang kau , JUSCO ! HAHA . 

Satu lagi , aku tak kan lupa kan apa cashier tuh buat . HAHA . Terima kasih Encik Operator sebab berikan kenangan manis untuk saya kenang di JUSCO . Aku harap kita dapat kawan sampai bila bila . HAHA .

Sedihnya menghitung hari sampai 30hb APRIL 2012 . Masa yang berlalu tidak akan kembali . Good luck for me . Yeahh !!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...