Friday, April 13, 2012

Dear my lovely blog

Dear my blog , hari ini hari Jumaat Bulan April . Sudah hampir 5 bulan aku berkhidmat sebagai Promoter di Aeon Jusco Cheras Selatan . Dan , akhirnya sedar atau pun tidak , bulan ini adalah bulan terakhir aku di sini .

Aku masih teringat minggu Kids Fair yang di adakan pada bulan 3 yang lalu . Bermula 5 hb hingga 18 hb , counter kasut Ben 10 aku di letakkan di 1st floor . Minggu cuti sekolah , memang ramai orang . Macam biasa tugas aku serve customer and arrange balik kasut yang customer buat sepah . Ayat lepas geram jeh . HAHA .

Pada malam berikutnya , jam terus menginjak ke angka 10 malam . Tugas berikut , mengutip cash memo . Destinasi cashier pilihan aku ialah cashier yang berada di bahagian Scarlet . Otw aku ke sana , aku ada terserempak dengan seorang cashier . Pada aku , dia budak cashier baru kot . HAHA . Bangga diri kejap . *ehem ehem !

Then , bila dia nampak aku , tiba tiba dia patah balik ke cashier tuh . Ohh , hajatnya dibatalkan kut . Sengal . Aku nampak dia masuk and duduk depan monitor cashier tuh . Aku pula , terus ambil cash memo's box and tengok satu satu . Al maklum lahh , dalam JUSCO ni kan ada banyak brand . Lebih lagi kat 1st floor , memang banyaklah brand brand mahal ada kat sini yang pakai cash memo .

Tapi , aku pelik nya , apa hal mamat cashier pandang lain macam jeh nih . Lama pulak tuh . Dan hati pun berkata 'apa hal kau usha aku lama lama nihhh aisyyy !!!' . Dah mula pula aku nak perasan tapi aku bukan syok sendiri pun . Dah dia nak tengok muka aku lama lama , nak buat macam mana kan ? HAHA .

Selepas tuh , dengan perlahan aku beredar ke cashier lain dengan sebuah senyuman . Erk ! Senyuman ! Aduhhh , macam mana aku boleh senyum sorang sorang nih . Lagi aku bengang !

Bila aku kat cashier sebelah , mamat tuh pergi pusing pandang aku ! Memang comfirm lahh dia pandang aku . Ehhh , aku dah tak tahan . Tiba tiba rasa berbunga sekejap ! ERKK !! Dah dia nak pandang aku , aku nak buat macam mana kan . Perlahan , aku pusing dan beredar dengan berhelai-helai cash memo di tangan . Sekali lagi aku senyum . Bengang lak macam mana aku boleh senyum , kat depan dia lak tuh even mata aku langsung tak pandang dia . Takpe lah , harap harap dia ingat aku senyum sebab sales aku banyak sebanyak cash memo yang aku kutip . HAHA .

Bersambung .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...