Friday, June 22, 2012

Speechless


Assalamualaikum, apa khabar blogger sekalian ? Mastura rindu gila nak update blog . Sebenarnya aku nak beritahu berita gembira kat korang . Memang buat aku teruja habis kut, huhu .

Alhamdulilah, Mastura dah pun dapat masuk POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH , SABAK BERNAM dalam bidang DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM selama 3 tahun . Wahhh , akhirnya aku dah dapat bidang yang aku impikan selama ini . Terima kasih YA ALLAH :)

Tapikan serius ada something buat aku tersentap . Aku tahu , selama ini aku cumalah seorang yang suka memendam perasaan even aku tahu aku seorang yang berani mengeluarkan kata-kata tapi aku dah tak boleh nak berterus terang . Aku dah bosan, kehidupan yang aku lalu semuanya mengikut arus mendatar .

Aku tahu mungkin bukan masanya aku PERLU fikir benda seperti ini . Aku kena fokus kepada kerjaya aku, pada cita cita aku, demi membahagiakan ibu ayah aku yang paling aku sayangi.

Aku tahu kalau ada banyak halangan sekalipun, aku percaya tiada siapa dapat menghalang aku dari mengejar kejayaan. Aku perlu menjadi seorang yang AUTOPILOT, fokus pada matlamat & cita cita, percaya yang diri di kejar oleh matlamat yang sentiasa membayangi aku untuk berjaya.

Aku tak kisah sekali pun janji aku dapat ! Aku pasti suatu hari nanti aku akan dapat JUGAK !! Aku PASTI aku boleh ! Aku boleh ! Aku boleh !

:) speechless then .

2 comments:

ryzna sha said...

anda pasti boleh ! hebat mastura !

Winnie Mastura said...

Terima kasih Kak Ryzna ! Luar biasa HEBAT !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...