Friday, August 24, 2012

Salam Lebaran 2012


Selamat hari raya sayang . Raya ini buat aku tiada apa-apa yang special pun . Raya dalam serba kekurangan tetap tidak seronok tapi apa nak buat . Aku redha apa yang berlaku .

Malam semalam aku ada datang ke rumah temanku bersama sekumpulan sahabat utnuk beraya bersama . Sedar tidak sedar , kami agak lama bersembang tentang kerja . Aku lihat adiknya sibuk berbisik kepada temanku sesuatu tetapi aku tidak tahu apa maksudnya . Kemudian , beberapa minit setelah itu , tiba-tiba sahaja salah seorang mak cik temanku keluar memarahi kami kerana tidak pulang lagi dan mengganggu privasi mereka .

Aku terpana . Bagaimana sebagai tetamu dan rakan-rakan anak saudaranya , dia boleh memarahi kami & menghalau kami seadanya . Sungguh tidak sopan . Ingatkan orang melayu dari lahir kaya dengan budi bahasa & adat tapi sebenarnya kurang ajar .

Aku mengerling jam di ruang tamunya , baru pukul 10.00 malam . Ingin saja aku lawan kata-katanya . Mereka fikir mereka orang tua boleh sesuka hati saja marah orang muda . Mungkin sebab itulah ramai orang muda tidak menghormati orang tua yang bukan keluarga mereka . Yalah , orang tak kenal tiba-tiba saja nak marah orang memang geramlah !

Sekurang-kurangnya tidak selesa pun , jumpalah teman aku pergi ke dapur belakang untuk berjumpa sekejap & meminta temanku untuk meminta kami pulang kerana hari sudah lewat malam . Barulah sopan sikit . Rasulullah pun tidak pernah ajar untuk tidak menghormati tetamu walau apa jua keadaan sekali pun .

Itu sahaja coretan geram aku ! Rasa nak pijak-pijak saja muka berlagak mak cik tuh . Muka kampung .

2 comments:

JeeMacey said...

mas..how your life now...(;

Winnie Mastura said...

Akak Jee : Ok kak , skrg mas dah smbung study kat poli sabak bernam amek civil engineering. akak mesti happy dah kawen kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...