Friday, August 10, 2012

Situasi

Salam semua. Sudah hampir 3 minggu aku menjalani ibadah puasa. Minggu ini sudah hampir masuk minggu ke-4 sesi perkuliahan di politeknik ini. Jelas sekali aku rasa, masa semakin laju berjalan.

Aku sedar, aku tidak tahu sampai bila situasi ini akan berhenti berlaku. Rakan sebilikku yang aku angankan sebelum masuk ke sini lagi yang akan menjadi kawan baikku sebenarnya tidak pernah menjadi nyata. Namun, hakikatnya semakin hari semakin teguh jurang antara kami terbina.

Aku mengeluh kesal. Kenapa nasib aku begini? Apa aku bukan kawan yang menyenangkan? Apa aku adalah kawan yang membosankan bagi dia? Bilik yang sepatutnya dihuni oleh 2 orang tetapi telah bertukar seorang. Bilik yang kami diami betul-betul dianggap seperti bilik hotel. Cuma masuk & keluar sesuka hati sahaja.

Salah juga kerana dia menilai aku terlalu awal sejak di minggu suai kenal. Memang, mula-mula semua orang yang baru melihat aku akan berkata benda yang sama. Tetapi, tak semua benda yang sama akan kekal, betul tak?

Antara sedar atau tidak, apa yang aku lalui hampir sama dengan sahabatku, Aidah yang berada di UIA, Petaling Jaya. Tetapi, mesti dia lagi sedih daripada aku. Aidah, kuatkan hati. Kita sudahpun belajar menjadi seorang yang positif! Tabahkan hati :)

Situasi kedua pula, bila mana semasa aku berada di dalam bengkel untuk membuat projek. Masing-masing tidak mahu mengalah, kadang-kadang aku terasa masing-masing membuat kerja seperti tiada aku di situ? Sungguh, aku tidak rasa perkataan kerjasama ada di situ. Apa mereka tidak suka akan aku?

Aku tahu, sejak aku belajar di sini. Aku lebih sukakan bersendirian. Aku tidak kisah, aku tidak takut ! Aku tahu, aku ada ALLAH ! Aku tahu, walaupun aku jauh daripada keluarga dan sahabat handai, aku boleh jaga diri sendiri. Kerana aku sudah terlatih, dengan apa yang aku lalui selama ini.

Aku bukan tidak suka berkawan dengan mereka. Suka. Tetapi, jika hala tuju ini aku lebih suka putuskan sendiri daripada mengikut mereka. Aku lebih suka buat hal sendiri. Masa berkawan, berkawan. Masa belajar, belajar. Masa bekerja, bekerja. Bukannya selalu, betul tak ?

Aku lebih suka berkawan dengan budak lelaki yang pemikiran yang lebih terbuka dan ringkas daripada perempuan yang kompleks dengan rutin seharian :)



Perempuan Kompleks : Berjalan, nampak cermin, tengok tudung, berjalan, tengok kain baju, berjalan, tanya kawan, "Tudung aku okey tak?", makan, pilih lauk selama mana yang mungkin, duduk makan, suka bergosip.

Perempuan Simple : Berjalan, nampak pokok, nampak kawan, biarkan, berjalan, tudung kemek, biarkan, makan, pilihlah apa-apa lauk, tak kisah pun asalkan kenyang, duduk makan, makan sampai habis.

Ada nampak perbezaan tak? Kalau nak tahu, aku terciri dalam kategori Perempuan Simple. Aku memang seorang yang simple pun. Pakaian simple, makanan pun simple, apapun nak simple sahaja.

Tidak mengapa, walaupun mereka endah tidak endah sahaja tentang aku sekurang-kurangnya, aku mempunyai jiran bilik yang sangat baik terhadap aku walaupun mereka berlainan course .

Nas, Sue & me <3 td="td">
Apapun, Winnie Mastura tidak akan mengalah ! Memang saya nampak kecil dan mudah dikenakan, tapi orang belum kenal siapa saya sebenarnya ! Saya BENCI orang yang pandang rendah kepada saya ! Saya PASTI dan saya YAKIN yang saya adalah INSAN yang terhebat di dunia !

CHAIYOKK !!!

1 comment:

jue said...

prpmpuan mmg cmtu...sfat smulajadi wnita atau fitrah di mna sntiasa mginginkan ketelitian...hmmm...ak ska kyakinan kw...tp prlu kw tnjukkan pda mreka smua spaya mreka xmganggap kw lemah...berusahalah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...