Friday, September 28, 2012

Pagi Yang Indah

Selamat pagi kawan-kawan, pagi ini memang indah sebab tiada kelas Engineerng Survey. Haha, selepas subuh apa lagi ? Buka lappy nak update blog kesayangan aku ni. Sepatutnya sambung tidur balik tapi hari yang tak ada kelas pagi tak nak pula sambung tidur . Sengal saja .

Chakk , nampak tak gambar aku di sebelah sana ? Selepas bengkel paip yang amat membosankan tuh, aku telah berganjak ke bengkel kayu bagi subjek Construction & Material Applications. Sekarang , dah siap dah bangku kita orang . Tapi , lepas buat report lab kayu , kita orang akan masuk bengkel bata pula . Habislah baju aku nanti kena simen . Errghh !

Sekarang ni, dah minggu ke-11 , hanya lebih kurang lagi 6 minggu saja nak final exam . Harap the first SEM aku dapat markah yang terbaik . Then, harap nak masuk asrama SEM 2 nanti . Huhu .

Mengenai rakan sekelas , normallah kalau aku tak sebegitu pendapat dengan dia orang . Cuma, satu orang budak jeh aku tak puas hati sangat . Tapi, kalau dah melebih cakap tuh , aku tembak aje . Sakit hati , aku tak ada cakap apa-apa kat kau , kau nak cari pasal pula apahal ? Menyampah gak dekat someone yang bajet kaya & poyo . Kawan kau yang kaya tak adalah poyo macam kau sangat . Tak payah nak poyo sangatlah kan ? Haha .

Apapun , aku rindu ibu dan ayah aku . Dia orang adalah pembakar semangat aku . Aku akan pegang amanah dan pendirian aku . Lantaklah dia orang yang tidak mahu menunjukkan kekuatan diri tapi mahu mengkritik orang . Aku tidak kisah even aku menggunakan kebolehan aku untuk bercakap di hadapan . Sebab, aku tak nak jadi orang biasa-biasa . Aku nak jadi orang LUAR BIASA !

Aku tak nak pandang orang yang selalu gelakkan dan ketawakan aku sebab aku tahu betapa sempitnya minda seseorang yang tidak mahu menonjolkan diri dan menolak diri sendiri ke hadapan.

Apapun saya yakin & saya pasti saya boleh . Hebat HEY !

4 comments:

Anonymous said...

bole komen bbayk ke? nanti kena komen marah pulak...huhuhuh

Winnie Mastura said...

tak adalah . :)

ziha said...

hi dik...belajr rjin2 tau.

Winnie Mastura said...

Hai , Akak Ziha . Terima kasih kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...