Monday, October 15, 2012

Kenapa wanita kena kejar cita-cita ?

Endy sibok jeh la .

Apa khabar semua . Berkaitan dengan tajuk kali ini , sebenarnya saya percaya, sebahagian budak perempuan seusia saya mungkin akan berkata begini,

"Kenapa ? Relakslah dulu, kita masih muda"

"Tak payah nak serius sangatlah, ada masa lagi"

Mungkin juga itu yang terjadi bila kita yang mahu mengejar matlamat dan cita-cita , kawan-kawan yang berperangai NEGATIF pasti akan berkata sedemikian . 
Tapi, sedarlah rakan-rakan bahawa pada zaman ini tiada lagi istilah main-main . Saya percaya , mungkin ramai rakan-rakan di luar sana masih tercari-cari apa yang harus mereka lakukan untuk mencapai kejayaan .

Ini adalah sebab-sebab KENAPA wanita kena kejar cita-cita ?

1. Untuk mengubah kehidupan keluarga
Mungkin, kita adalah seorang perempuan dan kakak sulung, pasti ada perasaan ini. Even kita adalah perempuan, kita telah merasa dan mengetahui situasi keluarga kita yang sebenar daripada adik-beradik kita yang lain. Apalagi kalau kita lahir daripada keluarga yang susah dan ibu ayah kita hanya mengharap dan mengimpikan kita akan menjadi contoh teladan yang terbaik. Memang berat tetapi bila sudah berjaya mencapai sebuah kejayaan, saat itu keluarga kita akan tersenyum bahagia. Tidak mahukah rakan-rakan ?

2. Melatih menjadi seorang yang dihormati
Saya percaya, bagi rakan-rakan di luar sana pasti berkata, "buat apa" atau "tak mengapa, biasa-biasa pun jadi". Tetapi, kalau kita ada peluang untuk dihormati, apa salahnya ? Tidak kira, anda berada di jurusan mana pun, di institusi mana pun tetapi pasti anda mahukan rakan-rakan anda menghormati anda. Mereka yang menghormati anda tidak akan sesekali menyakiti hati anda, mengambil kesempatan di atas kebaikan anda dan sebagainya. Dan, untuk menjadi seseorang dihormati kita hendaklah berfikiran positif, melaksanakan sesuatu tugasan dengan lancar, profesional, tidak membuang masa dan berdisiplin.

3. Menjadikan sebagai wanita berdikari
Ini adalah yang saya nampak pada hari ini, dulu mungkin ramai lelaki mudah tertarik kepada wanita yang lemah lembut dan manja tetapi pada hari ini, mereka lebih sukakan seorang wanita yang berdikari, boleh survive bila mereka tiada, seorang yang cekal & tabah mengharungi kehidupan yang berliku boleh membuatkan lelaki mengkagumi anda. Sekarang, anda tidak perlu risau jikalau anda tidak mempunyai sesiapa dalam hati anda tetapi apa salahnya kita berhempas pulas mengejar matlamat & apabila kita berjaya, seseorang pula hadir dan membahagiakan anda? Saya tahu mungkin dalam mengejar cita-cita, perasaan sunyi akan hadir dalam hati anda, tetapi apa salahnya anda mencari rakan-rakan yang sama waktu untuk anda meluahkan perasaan, bukanlah dengan mencari pasangan.

Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah sampai di sini. Terpulanglah kepada pendapat anda pula. Kerana kita dilahirkan dengan berbeza-beza keadaan dan pendapat.

Apapun, aku bukan apa tapi aku kesian tengok rakan-rakan sebaya aku yang masih main-main, hidup mereka seolah-olah mendatar. Tapi, bagi aku KEJAYAAN adalah HAK SETIAP INDIVIDU

Tetapi, percayalah rakan-rakan, saya berkata begini kerana sayang terhadap bangsa sendiri. Saya mempunyai semangat kerana saya harus melaksanakan tanggungjawab saya. Saya amat bersyukur kerana program yang amat luar biasa hebat telah mengajar saya sebagai individu yang cekal dan menghadapi segala situasi dengan tenang .

APAPUN KITA USAHAKAN YANG TERBAIK WALAU APAPUN RINTANGAN YANG MENDATANG !

Selamat menghadapi hidup yang indah :)

2 comments:

Hati Ku Terusik said...

wanita sekarang perlu capai cita2 n bekerjaya seiring masa depan yg makin mencabar nih...selamat hari raya mastura (^_^)

Winnie Mastura said...

ya memang betul tu . skrg susah masing2 kena bersaing . slmt hari raya juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...