Sunday, October 28, 2012

Pahit dalam hidupku



Kehidupan pada hari itu bermula seperti biasa setelah aku seminggu bercuti. Entah kenapa, aku bagai terpukau dengan kata-kata rakan membelakangkan ibu bapaku sendiri dek kerana demi kepentingan aku. Janji mereka berkalang dosa, mempunyai serungkai rasa tamak hanya demi kepentingan peribadi. 

Entah kenapa hanya rasa kepercayaan mampu memusnahkan sesuatu perkara yang membabitkan masa hadapan ?

Entah kenapa, langit yang ku bayangkan indah, kelam tiba-tiba. Hujan terus merintih diselangi guruh yang tak henti bertandang, berjalan di bawahnya bagaikan terseksa rasanya, menangisi apakah kesilapan aku sebelum ini. Terasa duniaku gelap gelita, sungguh. Aku lelah melangkah di perjalanan ini.

Setelah itu, sebulan lamanya perasaan bagaikan dihimpit-himpit, melontarkan berbuku penyesalan, menangisi segala kesilapan. Pada ayah ibu, aku memohon ampun. Teringat bila aku kemalangan beberapa bulan yang lepas, dengan rasa sakit di tubuh, aku juga memohon ampun pada ibu dan ayah. Meski, berbeza masalah, kenapa aku sanggup ulangi? Kenapa? Kerana aku hanyalah manusia biasa yang mudah tergoda pada nafsu dunia yang penuh ternoda.

Pahitnya menghadapi dugaan ini bagaikan terminum racun rasanya.
Pahitnya menghadapi dugaan ini bagaikan sukarnya memijak onak dan duri.
Pahitnya menghadapi dugaan ini bagaikan tersepit di dalam suatu perangkap.

Meski aku berasa buntu, setiap masa aku bagaikan berkata dengan Allah, dalam hati tidah pernah terhenti untuk terus merintih. Terus berucap sendirian dengan Allah. Aku tak mampu berhadapan, terasa mahu mengalah rasanya tetapi hanya ibu bapa ingatanku, terusku batalkan niat kerana mindaku tidak berhenti membisikkan 'jangan putus asa, jangan putus asa'.

Tetapi, kini dugaan ini sampai ke puncak. Menyesal rasanya aku mempercayai rakanku ini. Sungguh, sampai mati akanku ingat, tak tertanggung rasanya bahuku memikul beban ini. 

Ya Allah, andai Kau rindukan rintihanku, andai Kau rindukan bisikanku, andai Kau rindukan doaku, ampunilah hambamu yang kerdil ini, Ya Allah. Tak sanggup rasanya menghadapi dugaan ini berpanjangan. Andaiku salah dan silap sebelum ini, aku memohon beribu ampun padaMu, Ya Allah. Aku menyesal. Lindungilah aku daripada khianat orang lain. Lindungilah aku daripada segalan hasutan Syaitan. Lindungilah aku Ya Allah.

2 comments:

Hati Ku Terusik said...

sabarlah wahai hati :') ujian itu mmg ada dan akan selalu ada...itu tandanya Allah sygkan kita...teruskan hidup awak tanpa putus asa...moga ade sinar bahagia disetiap langkah kesabarn awak itu... :')

Winnie Mastura said...

terima kasih encik hati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...