Wednesday, October 10, 2012

PSIS , mengajar aku erti kehidupan sebenar :)




 HELLO , KAMI PELAJAR SEM 1 SESI JUN 2012 DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH DALAM PROGRAM DILPLOMA KEJURUTERAAN AWAM !!!

Hai , sekejap . Sekarang dah hampir 3 bulan aku belajar kat Politeknik Sultan Idris Shah tapi kenapa baru sekarang aku nak cerita pasal hari pertama aku ? Tapi , percayalah hari pertama aku masuk politeknik ni, sampai bila-bila aku takkan lupa . HAHA .

Aku bertolak dari Cheras ke Sabak Bernam dari pukul 3.00 pagi. Amboi , bayangkanlah kita orang sekeluarga bersemangat nak bangun awal pagi . Dengan semangat juang nak sambung belajar (sangatlahkan) , aku pun bangunkanlah sekali adik-adik aku . Sudah bersiap dalam 3.30 kita orang bertolak awal-awal pagi lagi kut ! Then, sebelum aku tinggalkan rumah , aku check barang-barang aku , then perlahan aku tengok meja belajar aku yang aku setia gunakan dari darjah 5 lagi . Katil aku . Baju aku dalam almari . Blazzer kesayangan aku . Aku ingat nak bawa tapi tak perlu lagi kut . Aku sayang korang semua . Cewwaahh !!!

Sampai saja depan Dewan Serbaguna PSIS, aku pandang pelik jeh . Asal semua pakai baju kurung hitam putih . Aku pula selamba pakai baju raya maksud aku baju kurung biasalah  Dah, aku relaks jeh sampai ada kakak faci tuh kata, "Adik, adik kena pakai baju kurung putih kain hitam, tudung pun hitam." Sekali, aku rasa segan pula sebab aku maybe terlepas pandang cara pemakaian kat borang pendaftaran tuh agaknya . Akak tuh siap kata lagi , kalau tak ada kena beli baju dekat Sungai Besar . Mak aihh ! Manalah aku tahu Sungai Besar kat mana ? Then, bila dah abis mendaftar, aku pergi kat family aku yang tunggu dalam kereta . Aku bagitahu ayah aku , takkanlah nak pergi pekan, kita masuk dalam ni pun jauh . Last-last aku pun teringat yang aku ada bawa seluar slack dengan baju kameja warna putih time aku kerja Jusco dulu . Terus aku buka luggage then tukar dalam toilet bersebelahan dengan dewan tadi .

Habis mendaftar kat dewan, aku pergi mendaftar asrama pulak kat Cafe Asrama , memang ramai oranglah time tuh . Then, CUBA korang teka aku dapat bilik no berapa ?



Bestkan . Bilik aku dekat TINGKAT BAWAH sekali . Besar then akulah orang pertama yang dapat masuk bilik tuh . Ibu ayah aku dah gembira tengok aku kat bilik bawah jeh . Ramai kekawan aku yang tahu bilik aku kata bilik aku jauh . Aku kira okaylah dari bilik aku memang dekat nak keluar dari kawasan asrama atau ke cafe asrama .

Tadaaa !!

 Cantik tak katil aku . Even aku tak suka warna hijau pun tapi bantai jeh lah . Okay . Bilik aku sebenarnya besar . Memang tersedia 4 katil dalam bilik ni cuma penghuninya cuma dua orang jeh .

Hari pertama di politeknik .
Gambar ini diambil pada Minggu Suai Kenal (MSK) . Kita orang di beri baju batik dan pakai time Pengarah Politeknik kita orang nak merasmikan Minggu Suai Kenal Sesi Jun 2012 .

Apapun jua , aku still tak boleh lupa hari pertama aku di Politeknik Sultan Idris Shah .

Bagi aku, kehidupan kat politeknik ini cukup mengajar aku erti kehidupan yang sebenar, tanpa ibu ayah di sisi . Aku teringat , ibu aku menangis tinggalkan aku di sini tapi aku tahan air mata aku untuk jatuh di hadapan ibu . Sebab aku tahu , aku adalah terdiri insan insan yang telah di ajar untuk menjadi luar biasa daripada orang lain. Aku kuatkan hati dan fikir aku datang sini cumalah mencari ilmu , ilmu dan ilmu .

Mungkin ilmu kejuruteraan bukanlah segalanya tetapi di sini cukup ilmu kehidupan saja yang mengajar aku berbeza dengan zaman aku di sekolah . Di sini, aku berjumpa dengan bermacam ragam orang, dari hari pertama aku mencari siapa gerangan yang boleh menjadi sahabat aku. Dan, dari hari pertama aku belajar bagaimana untuk menghadapi orang-orang yang negative thinking . Dari hari pertama juga aku belajar bagaimana untuk menerima sikap kawan sekelasku walaupun mereka masih berfikiran main-main . Memang hidup ini susah kan ? Kerana diri kita dilahirkan daripada takdir yang berbeza . Tapi , ia akan jadi senang bila kita tahu segalanya tentang hidup . Percayalah , okay .
Amali Engineering Survey yang pertama :)



Bergambar lepas kelas OSHA .


Zaman Semester Satu , zaman kanak-kanak riang :D


Masa nak tunggu kelas Engineering Survey I .
Okay , aku tahu aku paling comel dekat sini . Muka time ni bersih gila daripada jerawat . Sedih !


Sweet memory :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...