Friday, November 2, 2012

Belajar


"Kehidupan bukanlah suatu perjalanan yang lancar untuk sampai ke destinasi kejayaan!"

Itulah kata-kata yang selalu berlegar di mindaku selepas satu-satu yang terjadi bermain di mata. Aku resah kerana aku mengimpikan kehidupan yang ringkas tetapi dugaan tetap melanda hebat. Aku tahu, di dunia yang fana ni siapa yang tak ada dugaan, cuma dugaan yang kita hadapi berbeza tahap sahaja. 

HIDUP
Apa yang aku belajar selama ni, aku tahu pengalaman aku tak cukup banyak seperti orang yang berusia berpuluh-puluh tahun. Tapi, aku cuma kongsikan kesimpulan dari apa yang aku belajar.

- Dari perkara sekecil zarah hinggalah perkara sebesar-besarnya, kita tak boleh ambil mudah. 
- Mungkin pada hari ini, anda melihat sesuatu yang bersifat begini tetapi akan datang apabila anda melihat lagi, sesuatu yang anda fikirkan itu begini sebenar lagi bahaya apa yang anda jangkakan.
- Kepercayaan hanya kepada kedua IBU BAPA kita sahaja !
- Jangan percaya kalau anda sendiri pun tak tahu sesuatu dan tak pasti seseorang tu macam mana?
- Harus bersikap sederhana dan matang dalam segala situasi
- Jangan menunjukkan diri lebih over dari orang lain.
- Sebelum membuat sesuatu perkara, tanya IBU BAPA atau ORANG YANG LEBIH TUA atau TANYA KEPADA SESEORANG YANG ANDA RASA BOLEH PERCAYA!
- Hidup dalam dunia sendiri memang menakutkan tetapi hidup di luar dunia sendiri lebih menakutkan.
- Mungkin, sekarang kita rasakan mereka adalah rakan yang baik tetapi percayalah apabila kita jatuh, mereka semua menghilang entah ke mana.
- Menjadi seorang yang ceria tidak semestinya harus berperangai kebudakan, tetapi anda ramah mesra dan tersenyum kepada semua orang.
- Adakalanya kita boleh serius, kadang-kadang kita main-main, adakalanya kita tegas.
- Harus mempelajari ilmu psikologi, tak perlu lengkap cuma persiapan kita sahaja.
- Memang kita terdiri daripada pemikiran yang positif tetapi bila kata hati kita menyatakan sesuatu yang negatif terhadap perkara yang positif, mungkin lebih baik daripada anda terjebak.

Sebenarnya, banyak lagi yang aku rasa tetapi cukuplah aku ingat di dalam hati .
Kehidupan itu tak menyusahkan, tetapi kita.
Segala masalah yang berlaku bermula daripada diri kita sendiri :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...