Monday, November 5, 2012

Bila kita sukakan seseorang


Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri tertawan
Tak sempat berkelip aku kau punya

Biarpun mengutus ilham menuju jiwa
Teguhmu suatu raga melamar rasa
Biar pun kita mencuba

Sembunyi .. namunkan terlihat
Yang jelas di wajah
Kata memang sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Rasanya sesuai tak lagu tu dengan aku sekarang. Aku mengeluh perlahan. Astaga, tak baik mengeluh. Biarpun dugaan datang melanda hebat, namun Allah Maha Pemurah. Dia tetap nak hiburkan hati aku dengan mengisi jiwa aku yang kosong dan sunyi. Dia tahu yang aku mendambakannya setiap hari walaupun cinta pernah berlaku kejam dekat aku. Aku tersenyum sekali lagi. Tetapi, di hadapan rakan-rakan aku berlainan. Ego lebih menambahkan rasa untuk menyembunyikan sedalam-dalamnya perasaan dalam hati. Oleh kerana aku trauma cinta aku dipermainkan dua kali.
 
Tapi, aku pasrah. Aku setiap hari hanya memanjatkan rasa syukur kerana aku dapat hidup walaupun dugaan yang melanda hampir membahayakan hidup aku tapi aku tabah. Aku terus meniti perjalanan yang penuh berliku. Mahu rasanya aku putus asa tapi aku ingat mak ayah aku dan adik-adik aku. Ayah dan ibu teringin sangat melihat aku nak seorang jurutera. Sebab, setiap hari aku kata aku nak jadi jurutera, nak sangat.

Tentang cinta biarlah Allah yang tahu, aku tak nak jadi macam kawan aku. Kawan aku yang bercinta lebih sepuluh kali seolah-olah cinta itu tiada harga. Aku mahukan cinta suci, cinta yang menjadi milik aku kekal abadi. Aku lebih rela dinikah daripada berhubungan dengan orang yang bukan mahram bagi aku. Sebab, aku tahu aliran cinta yang Allah bagi mesti berakhir daripada-Nya.

Aku pernah baca, kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu kat dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta itu, tetapi mengadulah pada Allah. Nescaya, Allah akan menjaga cinta suci kita kerana cinta dalam senyap adalah sebaik-baik cinta yang ikhlas dan murni. Kemudian, cinta itu diikat dengan akad dan nikah. Bestnya :)

Walau apapun yang berlaku, aku sematkan perasaan ini jauh di sudut hati. Cintanya dalam diam adalah lebih tulus dan syahdu. Indahnya kerana dia hadir dalam mimpi kudus. Terima kasih berikan perasaan ini. Hingga kita bertemu jodoh nanti, Insyallah.

No comments: