Wednesday, November 7, 2012

Melangkah ke final exam sem 1

Cakk ! Selamat pagi kawan-kawan . Hari ni aku bangun seawal yang mungkin walaupun hari ini tak ada kelas. Misi pertama pagi ini saya mahu,

1. Menghantar repeated asignment math .
2. Berjumpa dengan warden asrama merangkap lecturer.

So , dah selesai aktiviti di atas aku pun balik bilik macam biasa . Buka pintu, roomate aku dah tak ada . Er, maksud aku dia dah balik . Sedih malam ni kena tidur sorang-sorang . Ayat tak boleh belah, macam aku tak pernah tidur sorang-sorang jeh sebelum ni . HAHA .


Then, sejak minggu lepas aku memang mindset nak belajar gila-gila . Tapi teringat member aku pernah berkata :

"Kau STUDY HARD, bukan STUDY SMART"

"Yelah, aku ni bukannya cepat pick up macam orang lain, 
aku kena hafal, practise semua ."

Tapi, bila aku fikir balik. Betul gak kata Sue. Aku ya ya aje belajar tapi test punyalah kacang. Ish, kacang buncis betul. 

Tapi nak tahu tak apa aku jumpa kat Google ?

Tips Belajar Last Minit .
-Jangan mengelabah, relaks dan tenang.
-Baca atau practise atau hafal bab yang dirasakan amat penting dalam subjek korang.
-Motivate diri sendiri dan kata aku boleh. Aku boleh! Aku boleh!
-Jangan lupa makan kismis. Makanan untuk otak tau.
-Jangan fikir banyak masalah atau perkara negatif. Tarik nafas sedalamnya dan keluarlah aura negatif. Cewaah .
-Seterusnya, jangan lupa selalulah berdoa kepada Allah dan bertawakallah untuk segala usaha anda :)

final exam nanti start 17.11.12 . doakan saya tau :)


2 comments:

Razil Tahir said...

tips belajar last minit dari saya..

Jangan belajar last minit.. Hahahaha

Winnie Mastura said...

haha . okay :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...