Saturday, December 29, 2012

Ceritera 2012



Akhirnya, kita sudah pun sampai di penghujung tahun. Dan, bermula 1hb ini umur telah pun menginjak ke 19 tahun. Tak pernah terfikir yang aku dapat juga melalui jalan yang penuh berliku sehingga nafas yang kita hirup ini setiap hari, Insya-Allah, Allah masih memberi ruang dan peluang buat kita menghargai apakah jenis kehidupan kita yang sebenar.

Tahun ini juga telah banyak menyedarkan aku tentang erti berdikari, persahabatan, percintaan serta kerjaya dan matlamat. Tahun ini juga tahun yang penuh dengan semangat tetapi sayang tahun ini juga adalah tahun yang mendukacitakan. Terkenang pada masa sukar, masa senang yang banyak melukakan hati.

Dari segi persahabatan pula, mungkin yang kita selalu anggap, dialah yang terbaik, positif, saling memberi semangat namun sebaliknya dia adalah PENIPU dan hanya disebabkan DUIT, kawan baik mana pun boleh dijadikan MUSUH. Masalah itu adalah masalah yang PALING GETIR dalam hidupku. Namun, dengan azam yang kuat, tabah dan rakan-rakan di kampus juga selalu menyokong aku, maka aku LAWAN. Aku lawan segalanya, usaha dan usaha untuk menyelesaikan masalah walaupun dicerca. Yang paling setia mendengarku adalah Sue.

Dia adalah PENASIHAT hati saya yang keras, dia adalah PELUNTUR perasaan dendam saya, dia adalah PENAMBAH perasaan kasih sayang sebagai sahabat dalam hati. Kalaulah dia tak ada, aku pun tak tahu nak buat apa. Kita susah sama-sama, kita senang sama-sama. Walaupun berbeza tempat dan daerah, dengan adanya FACEBOOK, kita tetap bersatu. Cheewwaaaahh! HAHA.

Selain Sue, kawan-kawan sekelas saya juga menjadi tulang belakang saya bila saya membuat presentatation di hadapan semasa SEM 1. Mereka yang selalu menyokong bila saya berani bercakap di hadapan. Mereka adalah yang TERBAIKKK !!!

Jangan percaya akan semua apa yang kamu dengar, kadang kadang ada orang-orang yang mengarang sesuatu untuk melemahkan kamu. Mereka menghinamu hanya untuk menutupi kekurangan mereka sendiri. Jangan terus terima kerana di sebaliknya mereka hanyalah cemburukan kelebihan kamu. Seringkali indah khabar dari rupa, akan demikian kamu seringkali tertipu kerana kealpaan kamu sendiri.

Berhati hati dengan orang sebegini, kerana penyesalan di akhirnya akan membelit diri

Mutiara Kata

Dari segi percintaan, seingat aku last couple 7hb Januari yang lalu. Maksudnya sudah hampir setahun aku solo. Bukannya apa, aku tak mahu mengugatkan matlamat dan cita-cita aku sendiri. Di luar sana, biarlah mereka berseronok sakan dengan cinta yang sementara itu. Setakat suka dalam diam pun banyaklah juga time kerja di Jusco dulu. Sekarang? Sekarang rahsia. shhh. HAHA.

Cuma aku terkilan, hanya disebabkan cinta, kawan baik aku selama hampir 6 tahun lupakan aku. Padahal, semasa aku ada bercinta dulu, aku tak pernah lupakan dia. Kisah cinta pahit dan manis aku selalu aku rujuk pada dia. Aku terkilan sangat. Aku tahu, dalam hati dia berbunga riang tapi aku kasihan dengan dia yang TAK sepatutnya ada hubungan dengan orang yang selalu ambil kesempatan terhadap kebaikannya. Terasa mahu saja aku kurung orang tu tak bagi ada apa-apa hubungan dengan kawan baik aku! 

Dari segi matlamat dan kerjaya, aku tetap mahu meneruskan cita-cita aku sebagai seorang JURUTERA. Betul kata ibu, tiada jalan yang mudah untuk sampai ke destinasi kejayaan. Selama ini, banyak orang merendahkan aku tapi sayang sebaliknya kini mereka yang lebih RENDAH daripada aku. Bukan niat untuk merendahkan orang tetapi inilah hakikatnya kita di dunia yang fana. Mereka rasa merekalah yang bagus, yang pandai, yang berjaya tapi mereka alpa bahawa Allah yang memberikan UJIAN tersebut untuk di uji.

Walaupun apa yang terjadi, ia TIDAK AKAN dan TIDAK PERNAH melunturkan semangat aku untuk terus hidup dalam mengejar cita-cita aku. Kita kena LAWAN, LAWAN, dan LAWAN. LAWAN tetap LAWAN. Lawan sampai MENANG ! Lupakan segala yang berlaku, buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. Senantiasa berfikiran rasional dan profesional. 

Dan, faham kenapa di gelar PROFESIONAL ?

Kerana seorang yang PROFESIONAL adalah seorang yang telah menghadapi pelbagai KEGAGALAN dalam hidup. Walaupun GAGAL, dia bukanlah GAGAL selamanya. Setiap kali gagal, dia bangkit sampai suatu hari dia berjaya. Dia sudah arif dengan segala masalah yang pernah berlaku dan dapat menghadapi dengan rasa yang rasional.

Dan juga, aku mahu menjadi seorang yang begitu. Profesional dari segala aspek kehidupan :)

Jangan lupa untuk menjadi seorang yang berfikiran luar biasa !

Dan, selamat tinggal 2012 :)



4 comments:

Hati Ku Terusik said...

selamat tinggal 2012...datanglah 2013...pastikan ianya lebih baik dan indah...moga segala yang diimpi menjadi realiti :)

Winnie Mastura said...

Insya-Allah, Encik Hati. Amin :)

ziha said...

gud luck dik..semakin dewasa mas sekarang. smoga tahun baru lebih bermakna buat awak.all the best dear!

Winnie Mastura said...

terima kasih kak ziha. good luck too :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...