Monday, January 7, 2013

Erti Kawan


Imam Al-Ghazali berkata, kawan dibahagikan kepada 3 jenis :-

1. Kawan yang ada ilmu
Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2. Kawan yang tidak ada ilmu tapi terima ilmu kita bagi
.
Dia tidak berimu tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasit kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3. Kawan yang tidak ada ilmu dan tidak mahu menerima ilmu.

Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi.



So, apa erti 'kawan' untuk korang ?

Hai , korang apa khabar ? Firstly, happy new year dan aku harap impian korang untuk azam tahun baru ini akan menjadi kenyataan . Amin :)

Then , kawan . Adalah satu-satunya hubungan manusia dengan manusia yang berada di sekelilingnya selain keluarga dan para guru . 

Aku akui sejak dari awalnya sekolah menengah hinggalah tamatnya sekolah menengah aku of coz bergaduh dengan member rapat/sekelas bukan lagi menjadi perkara yang luar biasa. Tetapi, wajarkah kalau diungkit kembali luka lama? Kawan yang kita anggap kita boleh percaya dan kita boleh harapkan sebenarnya mampu menjadi pisau untuk menikam kita .

Aku tahu mungkin aku kurang sabar untuk menghandle orang seperti ini hingga tercetusnya pergaduhan . Aku juga tahu , berapa kilogram SABAR yang harus kita taburkan supaya kita mampu menjaga hubungan baik kita sesama rakan ?

So ini adalah contoh situasi yang pernah tercetusnya pergaduhan .

Situasi 1 :
Si A mahu meminjam buku Si B. Si B telah berjanji untuk memberi ketika pulang dari sekolah kerana lupa membawa buku berkenaan. Namun, bila tamat sekolah, Si B hilang sebegitu saja dan Si A ingat yang Si B sudah sampai di rumah. Bila sampai di rumah Si B, rupanya Si B tiada dan meninggalkan mesej bahawa dia harus pergi ke suatu tempat. Ini membuatkan Si A terasa sedikit marah menyebabkan dia menghantar mesej bahawa jikalau Si B tidak mahu meminjam buku tersebut, katakan sajalah yang Si B tidak dapat memberi pinjam. Keesokkannya mereka tidak bertegur sapa.

Situasi 2 :
Si A mahu memasak pada pagi itu. Sesudah mengeluarkan bahan-bahannya dan menyediakan untuk memasak tiba-tiba datang Si B untuk menolong Si A . Si A tidak kisah tetapi Si A mula berasa marah bila Si B sesuka hati ingin memasak dengan citarasanya sendiri tanpa mempedulikan Si A. Si A merasa yang Si B ini adalah penyibuk . Si A lagi terasa bila kawan-kawan yang memujinya memasak padahal bukanlah dia yang masak tetapi Si B yang memasak . Keesokkannya mereka pun tidak bertegur sapa.

Mesti korang rasa ini masalah kecil kan? Hello ! Masalah kecil pun boleh jadi besar tau !

So , apa erti bagi korang . Bagi aku perkataan 'KAWAN' dah cukup besar pada pandangan aku . Pelbagai pancaragam dan pengalaman daripada itu . Pelbagai kenangan pahit dan manis juga daripada itu .

Erti kawan untuk korang ?

Peace :)
 
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...