Saturday, January 19, 2013

Hang Out ke Kuala Selangor


Tesco Kuala Selangor
Okay dari semalam , sekarang barulah aku sampai di bilikku syurgaku yang tercinta . nasib baiklah warden asrama tak nampak yang kita orang ini balik senyap-senyap . shhh . HAHA .

So , semalam lepas waktu solat Jumaat , gerak kejap ke rumah Nysha . Then , dekat-dekat malam barulah bertolak ke Plaza Kuala Selangor untuk tengok wayang pada pukul 12 tengah malam . Bukan tengah hari .

Sebelum tu , kita orang berjalanlah ke Tesco kejap . Beli barangan dapur bilik yang tak cukup . 

Stok Maggi Asam Laksa dengan Maggi Kari sudah habis . Sekali nak beli biskut Cracker dengan bawang goreng . Slurrpp . Biasa kita orang pelajar asrama hostel memang macam ini .

Lepas usha ke Tesco , kita orang mulai mencari tempat karaoke . Dekat satu jam setengah kut kita orang menyanyi . So dari situlah aku mahu menunjukkan bakat nyanyian aku . HUHU .

Tepat jam 12 malam , kita orang pun sama-sama masuk ke dalam pawagam .

 

See what . Barulah nak duduk dekat kerusi , boleh pulak ada adegan suspen . Aku fikir dia orang nak tengok cerita cinta ke , kartun ke , lawak ke , rupanya nak tengok cerita hantu . Sebelum ni , aku TAK PERNAH tengok cerita hantu dekat pawagam . Sebelum ni , tengok dekat TV atau dekat lappy kawan tengok ramai-ramai kira okay lagi . 

Dengan gelap gelita kat pawagam lagilah . Cerita hantu Thailand lagi memang seramlah . Namanya 3 AM kut cubalah korang search kalau berani . HEHE .

Disebabkan aku terlalu terkejut , jadi keluar saja dari pawagam . Terus aku muntah-muntah dan TAK tersengaja masa nak buka bonet belakang kereta kawan aku boleh pulak nak tertanggal dia punya plat jenama PROTON tu .

Then , kawan aku katalah , "Dah kau nak hancurkan kereta aku pulak?" . Terus aku senyap . Entah apa kena dengan aku malam tadi . Panik gila . HAHA . Sorry , aku tak sengaja . Ish aku tak tahulah aku ni GANAS tahap ke berapa . HUHU .

Okay lepas ni malas nak keluar . Kang habis pulak PTPTN aku . HUHU.
 

5 comments:

Sally Samsaiman said...

ahaa! mesti best kan tgk 3AM tuh?? hehehe :P

Winnie Mastura said...

best sangat sampai terkejut2, hehe

Encik Hati said...

hehehe...mcm2 ragam budak nih...tp bestla..leh kuar jln2...sy kene duk umh lg...hukhuk

Farah Farhana said...

sy suka tgok cte antu tp cte yg tuh xpenah plak tgok.. hehe.

Winnie Mastura said...

Encik Hati pergilah jalan2 cuti ni, huhu .

Farah suka ke? hehe tak takut ye ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...