Thursday, January 31, 2013

Kemalangan dekat Makmal Konkrit

nampak tak bandage kat jari tu ?

Huh . Sememangnya aku akan menulis bila aku rasa suka gila, marah gila dan sedih gila . Sudah lama pulak tak udpate blog kesayangan aku ni . Sesungguhnya , cuti hari tu connection INTERNET sangatlah lemah bila berada di rumah kawan dekat Sabak Bernam . So, normallah area dekat situ tak cukup kuat internetnya .

Dah dekat 3 hari kuliah bermula, jadi kelas tengahari tadi ada practical dekat Makmal Konkrit sebenarnya . Mula - mula , encik tu ajar kita orang untuk potong dawai besi , kenalkan jenis-jenis besi serta diameternya, ikat besi untuk buat beam dan membuat bangku .

So , aku yang lagi bersemangat dan terlebih excited tuh, maka beta pun memulakan diri untuk membengkokkan mesin menggunakan mesin yang ada . Rasa seronok sangat bila classmates aku mula bagi semangat sebut nama aku berulang kali . Rasa macam aku ni LEADER dia orang pula . HAHA .

Lepas dah siap, aku ikat besi pula . Dah boring tengok budak lelaki aja ada kerja bertukang , so aku pun nak jugak ketuk paku untuk buat bangku . Kalau ayah aku nampak aku yang ketuk paku sekuat hati dekat depan budak-budak lelaki yang rasa dia tuh bagus mesti ayah bangga kan ? HAHA .

Tapi , kenapa aku rasa berdebar saja time memaku tu . Kali pertama dah okay dah . Bila nak paku sebelah tu , boleh pulak hammer tuh terkena jari aku yang menahan kayu . Mula-mula dah rasa sakit kena ketuk . Tapi aku tahan sajalah, *cover macho lah kononnya sambil jari tadi pegang kayu tepi sekali . Dah nak habis tu aku ketuk paku tu , tiba-tiba classmate aku, Napies kata "Dah tak boleh, tangan kau dah berdarah ." 

Serta-merta , aku angkat jejari aku dari kayu tersebut . Mengalir darah sampai ke telapak tangan korang tahu tak . Dalam hati , ish bila masa pulak jari aku berdarah ni , tak perasan pun . Cepat je aku tinggalkan kerja tu then terus berlari ke singki . 

Masa basuh tu , Ya ALLAH , pedih gila rasanya bila luka terkena air . Dengan tangan mengigil, aku nampak Puan yang masuk makmal lagi satu . Aku mintak plaster kat dia . Bila buka First Aid box tuh, plaster tak ada so dia pun balut tangan aku pakai bandage .

Masuk kelas balik , Kak Jannah , Dayah semua tanya aku okay ke tak ? Aku cakaplah , aku okay aje . *cover macho lagi . sila ketuk mouse meja anda . haha . masa aku bangun dari kerja mengetuk paku tuh . muka classmate aku yang berdiri dekat belakang semua muka cuak aja . padahal , tak adalah sakit sangat pun . haha *poyo lah pulak .

apapun , adalah jugak budak lelaki yang bahan aku sebab tangan aku berdarah kena ketuk . so what ? aku tak suka kalau kau anggap aku perempuan sebab aku tak pernah suka di anggap begitu . memang aku perempuan , tetapi berjiwa lelaki !

aku adalah perempuan berjiwa lelaki korang tahu tak ! aku takkan pernah mengalah walau sehingga titisan darah terakhir .

AKU TETAP NAK JADI JURUTERA !!!

#anggap ini adalah satu pengalaman dan pengajaran pada waktu yang akan datang :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...