Friday, January 18, 2013

Sebab SUKA warna BIRU

lainnya muka aku ;)
Hai korang selamat pagi . Malam tadi tidur dekat pukul 3 tapi bangun awal pula . Habit ke apa ? Sekarang sambil menunggu giliran untuk menggunakan washing machine untuk setengah jam bersamaan RM3.00 dekat dalam bilik , so saja nak cerita sebab bilik aku sekarang dah banyak color biru . Jiwa biru betul minah ni . HAHA .

Aku tak tahu sejak bila tapi aku rasa aku memang suka warna ini sejak darjah satu sebab aku pasukan dari Kelab Rumah Biru . Sampailah masuk sekolah menengah pun aku tetap dalam Rumah Biru . Pernahlah satu dua tahun aku jadi Setiausaha Kelab Rumah Biru . Bila ada acara sukan atau merentas desa mesti aku menjerit dekat depan,

masa hari sukan . tukang pegang sepanduk jeh :)

"Siapa juara ? BIRU !"

Rasa seronok sangat . Lepas tu , sejak Tingkatan 3 aku masuk jadi Pengawas Sekolah . Lagi best sebab setiap hari pakai baju warna BIRU. HAHA . Sambil tu , aku belajarlah macam mana nak jadi seorang pemimpin . Aku memang seorang yang suka bercakap dekat depan dan bagi orang dengar apa yang aku cuba sampaikan . 

kakak PENGAWAS huh .

So , cuba kita lihat personaliti orang yang gemarkan warna biru :)

Biru ialah warna yang merujuk kepada ketenangan dan kesempurnaan. Melihat warna biru boleh memberi kesan tenang kepada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan.

BIRU TUA
Individu yang gemar warna biru tua dikatakan mempunyai sifat perasa yang agak kuat . Pun begitu individu ini sentiasa tenang, bijak dan tidak mudah tersinggung.

BIRU MUDA
Individu yang dikatakan gemar warna biru muda dikatakan mempunyai sifat yang lebih keras berbanding perminat warna biru tua .Mereka bersifat keras kepala, suka bangga diri tetapi mereka berpendirian tetap.

Warna Biru & Ertinya
Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.

HAHA . Itu yang aku jumpa dekat PakChik Google . So , memang warna biru amatlah mendamaikan hati . Ehh , lupa pula blog aku pun warna BIRU . Kalau jumpa soulmate suka warna yang sama lagi seronok .

Even beli something pun , selalu pilih yang warna biru . Contoh , baldi , launderies net , baju pertamanya pun pilih warna biru , kalau tak ada pilihlah warna coklat atau hitam . Sampai pencuci muka pun melampaulah nak warna BIRU juga . Sedar sikit yang muka hang tuh penuh jerawat , pilih yang warna merah . HAHA .

Okay fine sampai di sini sahaja . Tak sabar nak keluar petang ini tengok wayang di Kuala Selangor . Release tension . HEHE :)

hari BIRU sedunia :)


5 comments:

ANISRAHIM said...

Alah tomeinye, kecik moleknya :)

TUTTUTOFFICIALSPACE\\ said...

ehh sama lerr :)
hidup biru !

Farah Farhana said...

Saya tak tau knpa saya mula minat warna biru. Dh boring ngn pink kot :B

Ummul Khair (Kay) said...

wahhh!!!
comellah adek,pakai baju masa time hari sukan tuh..
(y) (y) (y)..hehehehe :)

Winnie Mastura said...

Kak Anis - Thanks huhu

TUTTUTOFFICIALSPACE - samalah , hehe

Farah Farhana - yelah tu kot, tp
akak mmg tak suka pink . hehe .

kak Ummul : yeke ? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...