Wednesday, January 23, 2013

Tips meredakan perasaan


1. Latih minda melupakan kenangan pahit.
Melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.

2. Buang perasaan risau yang melampau.
Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

3. Belajar rajin bersyukur.
Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda.

4. Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

6. Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat atau dikenali ‘Law Of Attraction’.

7. Keraskan hati.
Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya.

#cuba UBAH ke arah kebaikan . chaiyok !
 

4 comments:

Farah Farhana said...

MMg susah nak lupakan kenangan pahit :'(

Winnie Mastura said...

ya , kekadang akak pun selalu teringat :)

Fizi Zaidi said...

hati orang ssh nak jangka..btw mekasih coz follos blog fizi ya..^__^

Winnie Mastura said...

ya, mmg tak boleh nak baca , sama2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...