Sunday, February 10, 2013

Bila kita rindukan seseorang




Hadirnya perasaan tanpa dipinta , 
               hadirnya kasih tanpa dijamu, 
                             hadirnya rindu tanpa diminta, 
                                           hadirnya sayang tanpa jemu .

Perasaan suka dalam diam sememangnya selalu membuat kita menjadi tidak tentu arah sekira perasaan itu tidak dibajai dengan dengan jalan yang sepatutnya . Tidak semua perasaan boleh kita ungkapkan kerana perasaan suka itu semakin lama bercambah sebagai cinta . Apabila menjadi cinta yang disembunyikan, maka terjadilah cinta dalam diam.

Perasaan ini selalu terjadi dikala kita menghadapi zaman remaja yang penuh suka dan duka. Di zaman remaja yang berebutkan ilmu, hadir jua perasaan ini untuk mewarnai hari, yang selalu menceriakan hati dan sanubari.
Cinta dalam diam sememangnya dapat memotivasikan diri kita ke arah yang lebih baik . Cinta dalam diam juga dapat memberikan kita semangat dalam pembelajaran , semangat juang yang tinggi serta semakin lama, semakin hari ia melatih kita untuk jadi yang terbaik dari segi aspek dalam kehidupan .

Semakin lama, perasaan itu bagai cengkaman yang kuat mengikat hati, membuatkan kita melakukan perkara di bawah sedar seperti bertentang mata dengan orang yang kita suka sampai terlalu kerap menjadikan kita sendiri segera memejam mata dengan geram kerana kita sendiri pun tidak dapat mengawal deria mata kita . Ini sudah parah ini. HAHA .

Apapun , bila sudah ada perasaan , suka dan cinta maka timbullah perasaan ini .

RINDU . Kita akan selalu rindu akan kerdipan matanya, halus tawanya, gemersik tawanya , renungan matanya yang membuat kita terbang ke langit biru . Terasa setiap detik bersamanya akan terpapar di skrin minda bagaikan wayang tanpa henti .

Seperti itulah perasaan aku sekarang . Tetapi untuk perasaan cinta untuk kali ini , biarlah Allah yang menentukan sejauh mana perasaan cinta dalam diamku wujud sebagai jodoh yang bersifat konkrit, kekal & abadi ? Aku masih berfikir akan umurku yang masih muda dan masih dalam mengapai cita-citaku . Oleh itu, aku terpaksa untuk mengorbankan perasaan yang satu ini sahaja untuk membahagiakan kedua ibu bapaku demi Allah.

Aku sayang keluarga aku . Aku tidak mahu episod cinta sebelum ini menghalangku mengejar matlamat &; cita-citaku.

Apapun , biarlah aku bercinta dalam diam . Dengan itu jauh dari segala masalah dan fitnah serta segala zina . Indah walaupun cuma mimpi . Moga ia akan menjadi kenyataan , Insya-ALLAH :)

Bila rindu seseorang, berdoalah dengan Doa Nabi Yusuf 

Doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha. Insya-ALLAH, mungkin doa ini dapat disampaikan padanya walau dalam diam anda mencintainya .

" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "
atau
Membaca Al-Fatihah sambil tangan menekup dada dengan niat semoga Allah sampaikan perasaan ini padanya seikhlas hati :)


♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
 

Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..

Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” ♥♥♥

#Insya-ALLAH . Amin . Amin . Amin Ya Rabbal Alamin :) 

5 comments:

reenapple said...

Aku pernah alami cinta dalam diam. Cinta bukan suka. Dan cinta dalam diam memang menyakitkan. Lebih3 lagi bila aku jatuh cinta dengan orang yang aku tak suka. Balasan. :)

Tapi... aku tahu, dia bukan untuk aku, sebab perasaan itu cuma sementara walau ia mengambil masa lebih setahun. Mungkin Tuhan hadirkan dia dalam hidup aku bersebab. Dan aku dah jumpa sebab tu. Senyum

April Tareysha said...

Aku ada suka kan seseorang slama 3 tahun lbh..slama itu juga aku slalu mimpikan dia sampaikan kwin dgn dia..dulu aku pnah trus trang tp dia kta dia x suka aku.Aku benci dia tp lama2 aku suka dia blik.

arif hafizal said...

Masalah doa Yusuf dan ‘Zulaikha’ itu tidak boleh kita justifikasikan sebab tiada keterangan al-Quran mahu pun Hadith Nabi SAW bahawa Yusuf berkahwin dengan ‘Zulaikha’.
Kisah cinta romantis mereka berdua, kuatnya ibadah Zulaikha hingga hilang penglihatan disebabkan oleh banyaknya tangisan dia kerana takutnya diri kepada Allah dan yang seumpama dengannya, adalah drama yang mungkin penuh emosi, tetapi hakikatnya ia sebuah persembahan yang tiada asal usul.
Selepas ayat 53 Surah Yusuf, Allah SWT tidak ada lagi menerengkan apa-apa tentang ‘Zulaikha’. Begitu juga dengan hadith-hadith Nabi SAW yang sahih. Kisah imra’ah al-’aziz (Zulaikha) itu tamat dengan pengakuannya di hadapan raja, untuk membersihkan maruah Yusuf dari pertuduhan yang selama ini menjadi punca Nabi Allah itu dipenjarakan.

NURUL SHAHIRA said...

trima kasih.. mohon copy

Syaifarina Kamaruddin said...

Ya Allah...jika dia tahu bhw aku rindu kn dia.. adakh dia akan merasakan perkara yg sama.. :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...