Wednesday, February 13, 2013

Tebus Baucer Buku 2013

MPH Bookstores, Midvalley
Selamat petang . Actually, penat balik berjalan tak hilang lagi . Ingat malas gila nak update tapi kesian dengan blog aku . Wuu~

Sebenarnya tak tahu yang kawan sekelas aku akan bawa dua orang kawan sekolahnya beserta adiknya sekali . tak apalah janji enjoylah apa pun .Sampai sahaja di KTM Midvalley , dengan tak sabar-sabar aku pun menerjah . Dah jumpa Jujue , terus kita orang ke aras LG untuk menikmati KFC . Ingat nak makan McD sebenarnya tapi time tuh baru pukul 11.30 am. So, apa pun makan jeh la janji kenyang :D

Dah melantak KFC tu, pun kita orang ke MPH di Aras G kut . Lupa sudah . So memang besar MPH tuh tapi dekat Midvalley rupanya tak ada POPULAR . Baru ingat nak terjah lagi kedai buku . HUHU .

Aku & Jujue

Gong Xi Fa Cai   XD

Di tengah gedung keramaian orang :)

sebelum balik layan perasaan dekat balkoni tengah tuh sorang-sorang :)

Siapalah sudi belikan aku Teddy Bear . Insya-Allah , suami aku nanti . HEHE :D



So, kita orang sudah pulang arround 3 o'clock , bila aku dah sampai ke KTM Serdang balik, aku pun naiklah bas terus ke AEON Cheras Selatan . Dekat sana aku dapat jumpa kawan-kawan sekerja aku sambil berjalan ke POPULAR . Akhirnya , sudah sampai di POPULAR jugak !

POPULAR AEON Cheras Selatan

Pedulikan wajahku yang penuh jerawat . Okay . Sambil tuh terserempak dengan kakak serta sepupu kawan baik aku yang bernama Aidah . Sambil tanya nak pergi mana dia tanya aku balik naik apa ? Aku katalah aku balik naik bas . Dia kata tak payah sebab kat Jusco susah dapat bas ke Batu 9 . So , aku pun ikutlah dia orang sekejap dengan tangan penuh EMPAT BEG PLASTIK buku ! Dua MPH , dua POPULAR . Sudah habis pun baucer saya ! HAHA . Sambil nak menyenangkan adik-adik so saya pun belilah buku untuk diaorang . HUHU .

Nak tengok apa yang saya beli ?

Untuk adik aku yang baru masuk FORM 4 .

Untuk adik aku yang ke-3 sebenarnya . Lastly , baru aku tahu adik aku dah masuk FORM 2 . Argghh salah beli . Tak apa , janji boleh buat !

Untuk adik bongsu aku , kalau tak buat then batang pensil color tuh hilang satu persatu , siap kaklong kerjakan ! HAHA !

Dapat baucer . Macam aku makan jeh Sakae Sushi ?


Buku yang aku beli . Serious tak ada KAITAN dengan engineering . Lecturer aku tahu parah aku . HAHA .

Al-Quran comel biruku yang pertama . Boleh bawa ke mana-mana . Yasin tuh untuk ibu aku , dalam dia ada banyak doa-doa yang sangat berguna . Murah jeh :)

3 buah NOVEL . Actually , aku tak nak beli novel yang buat aku selalu tak ada masa ! Tapi tak ada buku yang berkaitan dengan Engineering mahupun Psikologi so aku pun ameklah NOVEL untuk menghabiskan baucer . HAHA .

2 buku tulis berserta stationary . Huh , boleh tahan untuk satu tahun !

Bil yang panjang . Sebenarnya tak tepat RM250 . Adalah lebih RM 20 atau RM 10 . Terpaksa jugok keluar CASH . Alahai ! Nak cancel segan . HUHU .

Apapun , Alhamdulilah kerajaan sudah pun menyenangkan kita sebagai student . Terima kasih PM :)

Berharap dapat memiliki ini suatu hari nanti !     :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...