Sunday, March 24, 2013

Berkata pada angin bayu


Angin yang sepoi-sepoi bahasa . Ke angin bayu dari laut di belakang politeknik . Terasa duduk di aras tiga sebenarnya tidaklah serugi mana . Bila dihimpit tekanan , selalu aku ke balkoni yang berada di sebelah bilik . Berdiri di situ di petang hari untuk seketika untuk menikmati selembutnya angin bayu . Oh Allah , nikmatnya pemberian-Mu . Terasa syukur yang tidak terhingga .

Hari ini ada kursus CIDB dekat bilik kuliah . Aku fikir yang student Kejuruteraan Awam sahaja yang terlibat , rupanya budak Seni Bina , Alam Sekitar juga tidak ketinggalan . Mungkin juga , mereka memerlukan kad hijau yang disediakan oleh pihak CIDB untuk memasuki kawasan pembinaan jika perlu .

Semakin hari semakin rasa masalah itu akan terus berlalu . Yes ! Terus berlalu . Tidak semua orang akan mengingatinya tetapi mereka seperti berusaha untuk memancing aku untuk membuat 'kepelikan' di dalam kelas . Aku tidak akan terpengaruh lagi , wahai si bangang !

 Jadi , aku tidak perlu untuk berfikir panjang dan aku akan mulakan hidup baru . Aku tak nak ada apa-apa persengketaan dengan sesiapa lagi termasuklah Azila . Azila maafkan aku jika aku terlalu berkasar bahasa . Mungkin sebenarnya aku sepatutnya memahami dan menerima kelebihan & kekurangan kau . Itulah kawan , bukan ?

Lagi apa yang aku fikir ya ? Hmmm , mungkin sepatutnya aku kena berlatih fokus . Aku ingin sibukkan diri dengan kuliah dan persatuan silat . Lupakan orang lain sebentar termasuklah dia . Ya . Dia .

Terasa sudah lama aku tidak bercerita tentang cinta dalam blog ni . HAHA .

Aku rasa maybe tidak sepatutnya aku simpan perasaan ini . Apa kata aku buang saja perasaan ini jauh-jauh . Sebenarnya aku salah waktu dan tempat . Walaupun aku tidak berniat untuk bercinta sekali lagi dan cumalah menyimpan perasaan dalam diam tetapi sebenarnya tidak boleh . Aku kena kuat ! Aku tidak boleh biarkan hati ditakhluki perasaan yang merepek macam ini selagi tidak mendapat cita-cita yang aku impikan ! 

Aku sepatutnya ambil pengalaman lepas sebagai pengajaran . Aku tidak boleh lupakan amarah aku pada Encik F , pada Abang Iqmmal dan Hafiz . Walaupun mereka pernah meminta maaf padaku , tapi hati aku masih terbayang-bayangkan luka lama . Mungkin sebab itu hampir dua tahun aku single . Aku memang boleh memaafkan tetapi aku tidak dapat melupakan . Terasa menyesal kerana menyukai dan mencintai seseorang terlalu pantas .

Perbuatan mereka dulu di kotak memori bagaikan tayangan wayang yang berulang-ulang .

Hinakah aku untuk menyukai seseorang dan menerima cinta yang ikhlas dan jujur ? Aku juga ingin dicintai dan menerima seadanya seikhlas hati . Huh . Apa ini Mastura , sudah macam ayat untuk wanita 20 tahun ke atas jeh . HAHA .

Argghhhhhhh !!! Apapun jangan ada perasaan merepek ini lagi Mastura . Anda boleh hidup tanpa cinta lelaki sebenarnya . Keraskan hati ! Keraskan hati !!

Kau tak sepatutnya fikir macam ni , perjalanan kita masih jauh . Fokus dan kejar cita-cita kau dulu . Insya-Allah , kau cuma perlu percaya pada jodoh yang Dia berikan . Allah ada simpankan seseorang istimewa hanya untukmu sahaja wahai Mastura pada suatu dewasa kelak . Oh , indahnya perasaan pada ketika itu nantikan ?

Wahai angin bayu , bawakanlah keluh kesahku bersamamu menjauh agar dapat melegakan lara di hati . Oh Allah , bantulah aku untuk melupakan kenangan silam yang pernah aku catitkan dalam blog ini pada hampir 4 tahun yang lepas .

Senyum lagi .





11 comments:

Fiza Suhaimi said...

Assalamualaikum :)

You deserve for someone better dear. Pengalaman yang lepas jadikan sebagai pengajaran. Tak semua orang boleh merasainya. Stay strong ok. Awak still ade better journey to go. I will support u CikEngineer ^^ ;)

W. Mastura said...

Thanks Cik Fiza . Insya-Allah , I will try my best :)

Etuza Ezawarna said...

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ follow me ya..tq

Etuza Ezawarna said...

terima kasih..selamat berblog ...

ziha said...

ahahh...baru boleh nak komen.dah tukar layout baru ye. baca entri adik ni macam baca novel plak.he gud luck mas, big girl dont cry :)

pha is said...

senyum lagi. senyum selalu, insyaAllah, everything will be just fine... (n_n)

W. Mastura said...

Kak Ziha : HEHE , memanglah mas kan penulis novel . HUHU .

Pha Is : :)

^^eKaTiKaH^^ said...

mungkin belum tiba masanya utk merasai perasaan itu. suatu hari nnt ia akan dtg dgn sendirinya. insyaAllah.. hee :)

W. Mastura said...

Insya-Allah , terima kasih eka :)

siti nursya'adah fahrizal said...

salam.. weni, check out my blog.. i got new story and i need ur opinion.. please read my story entitled aku mahu A+. TQ :)

Nurul Najihah said...

nice blog :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...