Monday, March 18, 2013

Hidup


Apapun kita akan sentiasa berfikir balik kepada hidup . Hidup adalah satu medium untuk manusia untuk terus berjuang . Terus berjuang demi agama , bangsa dan negara . Tiada siapa boleh mengalah selagi masih ada kudrat yang tertanam dalam diri .

Aku akui , sejak akhir-akhir ni , selalu memikirkan habis Diploma ni nak buat apa ? Aku sudah pasti ingin melanjutkan ke Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam untuk merealisasikan cita-cita aku sebagai seorang jurutera . Aku sebenarnya daripada Tingkatan 4 , bukan sahaja untuk mendapatkan pekerjaan sebagai jurutera sahaja tetapi INGIN mendapatkan tittle Ir yang cukup sinonim kepada jurutera yang berada di luar sana .

Aku tahu untuk mendapatkan tittle Ir bukanlah mudah . Salah seorang lecturer aku pernah berkata , untuk mendapatkan Ir , perlu ada pengalaman membuat projek pembinaan selama 5 tahun dan wajib menduduki ujian bagi mendapatkan tittle Ir dan mendaftarkan di di Lembaga Jurutera Malaysia (Board Of Engineering) .

Aku tidak kisah jikalau aku harus bekerja keras dari sekarang . Lupakan walaupun aku perempuan tidak semestinya aku tidak mampu untuk bersama meraih cita-cita yang sudah tertanam sejak di bangku sekolah . Aku tahu , ramai kawan aku kata kita perempuan , lemah lembut dan sebagainya , tapi kitakan kena ada mindset . Mindset tu yang akan buat otak kita lupakan sekejap kelemahan yang ada . Buat apa kita fikirkan kelemahan kalau kita ada kelebihan ? 

Aku tidak kisah kalau aku belajar bagaikan mahu botak sekali pun . Aku ada pendirian dan cara aku yang tersendiri . Aku tak nak ikut orang yang gagal . Kalau kita nak berjaya , kawanlah dengan orang yang rajin, orang yang berjaya . Nampak tak ? 

Kadang-kadang kita kena berfikir di luar kotak . Kita tak boleh berada di takuk yang lama , kalau tak sampai satu masa nanti kita takkan berpuas hati dengan kehidupan kita. Kita tak boleh berada dengan mereka selamanya kerana satu masa nanti kita akan berlari jauh melainkan mereka juga berusaha untuk berlari bersama .

Berfikir tentang mereka , aku sedari mereka selalu saja menganggu fikiranku dalam melaksanakan misiku . Namun , apa-apa yang kita tak puas hati , kita cuba REVISE psikologi . Cuba selami hati sendiri apa yang buat fikiran kita menganggu atau emosi kita terganggu ? Apakah sebab perasaan tidak puas hati , marah , menyampah dan sebagainya . Mungkin , kadang-kadang , fikiran aku terganggu disebabkan keinginan yang tidak kesampaian . Tapi bila aku fikir balik , kita kena jadi matang . Jadi , bila keinginan kita tidak kesampaian , kita cuba lepaskan . Ini mungkin bukan untuk aku , tapi untuk orang lain . Mungkin satu masa nanti kita akan dapat juga dengan izin Allah .

Setiap hari aku macam tu . Aku cuba nak perbaiki diri . Aku mahu hilangkan segala perangai negatif dalam hati .

Walaupun aku kadang-kadang rasa penat sebab setiap hari kena revise psikologi .

Tapi aku tak boleh berhenti sebab aku kena kejar matlamat tak boleh ada perkara-perkara kecil yang menganggu .

Hidup memang begitu . Kita perlukan tahap kesabaran yang tinggi . Anggaplah sebagai kayu pengukur keimanan . Allah selalu bersama orang yang sabar .

Semoga Allah senantiasa bersamaku . Semoga cintaku yang hakiki adalah pada Allah . Bukan pada manusia .

Amin .

2 comments:

pha is said...

smoga berjaya, Ir mastura...

W. Mastura said...

Insya-ALLAH . Amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...