Saturday, March 23, 2013

Muhasabah diri


Saja tidak mahu menempel gambar dahulu . Malam tadi tidur pukul 3 pagi . Bangun saja pagi ini mulai terasa suram . Perasaan yang sama seperti sebelum ni saat aku menghadapi dugaan hidup yang tak pernah surut . Alahai , macam teruk sangat saja bunyinya yang aku lalui semalam . Sebenarnya tak ada apa-apa pun . Biasalah manusia memang suka mencari kesalahan orang lain .

Bila jam menginjak ke angka 8 pagi , barulah aku bersiap untuk menghantar report survey dan mechy ke pejabat lecturer .

Keluar sahaja dari bilik , pendengaran terus-menerus didendangkan lagu Angin Syurga oleh Misha Omar . Lagu tu berulang-ulang tak pernah sedikit pun berasa bosan . Memang dari dulu aku suka mendengar lagu mengikut aluran perasaan sendiri dengan berulang-ulang .

Sambil tu , minda tidak pernah berhenti daripada berfikir . Rasa nak buang jauh-jauh fikiran semalam . Rasa teringin sangat mahu menghilangkan daya ingatan supaya aku takkan kenal semua orang kecuali ibu dan ayah aku . Rasa macam apa yang berlaku terlalulah teruk . Padahal , aku tak pernah expect yang benda ni berlaku . Walaulah perkara tersebut cumalah benda simple . Jadi , daripada aku menyerabutkan kepala memikirkan masalah . Lebih baiklah kita menyelesaikan masalah . Aku cuba berfikir sedalam-dalamnya apalah masalah aku yang besar sangat sampai serabut nak fikir ini . Kesimpulan yang cuba aku nak buat adalah ...


B E R U B A H 


Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum tersebut yang mengubah . Benda ini selalu aku dengar tapi sayang aku tak pernah terfikir pun secara mendalam yang ayat tersebut sebenarnya kena dengan situasi . Memanglah selama ini aku selalu berfikir aku nak berubah , berubah nak kejar matlamat aku , cita-cita aku tapi maybe perubahan yang aku buat tidak sesuai untuk diri aku . Perubahan sikap , gaya , kesesuaian yang masih belum fit untuk diri aku . Maybe aku kena checklist apa yang silap . Yalah , kadang-kadang kita tidak sedar kesilapan yang sering dilakukan . Memang , aku sudah pun genap untuk menjadi seorang yang berumur 19 tahun , tapi sebenarnya selama ini aku berpura-pura untuk menjadi seorang yang kelakar sebab aku mahu orang sukakan aku tapi sebenarnya tak . Aku rasa medium humor itulah yang akan menarik orang untuk berada dalam lingkaran persahabatan tapi sebenarnya tak .

KEMBALI PADA YANG ASAL

Cuba kembali pada yang asal . Maybe macam masa sekolah dulu . Tapi , aku rasa sama saja . So bila benda macam ni terjadi terus saja ingatan aku melayang-layang ke zaman sekolah yang aku rasa zaman yang tidak best . Selalu gaduh dengan orang yang hipokrit dan bermuka-muka depan aku . Okaylah kembali yang betul , yang tak betul tak payah pakai . Maybe , sebelum ini aku tak adalah bajet macho sangat tapi biasa-biasa jeh . Dan sebenarnya masa kat sekolah aku pendiam . So bila aku jadi pendiam ramai ingat aku blur . Padahal aku tak blur pun . Itu pun sebenarnya dah berubah . YES . Blur itu sebenarnya sudah hilang sebab aku selalu fokus dekat sekeliling aku . Okay , cukuplah jadi orang yang biasa-biasa tapi melakukan tindakan yang luar biasa . HEBAT !

H A K I K A T


Rupanya aku kena terima hakikat . YES ! Satu kesimpulan juga . Mungkin perasaan tak puas hati yang berlegar dalam minda sebenarnya aku tak dapat nak terima hakikat . Okaylah fine , demi kebaikan aku rendahkanlah sedikit , sedikit saja ego aku untuk menerima hakikat . Jadi , bila aku menerima hakikat mulai muncul perasaan ingin insaf , bertaubat , rasa aku hanyalah hamba ALLAH yang kerdil . Walaupun , aku selalu berdoa tapi sebenarnya aku tak bertawakal walaupun aku cuma berharap ibadah yang aku lakukan selama ini diterima oleh Allah . Aku kena ada perasaan sedar walaupun di bawah minda bawah sedar . Tidak semua perkara akan berlaku mengikut citarasa kita . Kita kena menerima kekurangan tersebut dan memperbaikinya satu persatu . Aku tahu tak semua orang sukakan kita . Itu adalah tanda yang ada sesuatu yang silap dalam diri kita .

M E N Y E S U A I K A N  D I R I


Aku bukanlah seorang yang peramah . Mungkin orang yang baru kenal aku akan anggap aku seorang yang sombong . Aku bukan sombong , tapi aku tidak tahu menyesuaikan diri dalam lingkaran baru . Padahal sudah banyak kali aku menghadapi perkara HARI PERTAMA seperti hari pertama di sekolah , di tempat kerja dan di IPTA . Mungkin , orang yang baru kenal aku pun akan kata yang aku ini terlalu pendiam , bercakap mendatar dan sebagainya tapi lama-lama baru dia orang tahu aku yang sebenarnya . Maybe , aku kena belajar dalam benda-benda yang berkaitan psikologi ini . Walaupun kadang-kadang , aku memerhatikan orang sampai ada yang tidak selesa dengan cara aku . So , aku kena pandai menyesuaikan diri tidak mengira keadaan dan tempat .

T E N A N G

Walaupun aku sukakan warna biru , aku bukanlah seorang yang tenang walaupun sukakan ketenangan . Rasanya aku kena ambil personaliti orang yang cool macam ais dekat kutub selatan . Oh , maybe orang yang cool ini pandai mengawal perasaan negatif dia . Dia membiarkan aliran hidupnya dalam keadaan santai . Walaupun kadang-kadang dia ambil serius tapi dia tidak mudah terkelam kabut sekiranya ada apa-apa yang berlaku . Itu sajalah yang aku nampak . Then , cuba untuk bersabar selagi benda itu tidak melampaui batas . Okaylah lain kali aku mungkin kena belajar tenang . Relax , relax fuhhhh .

O  R A N G  L A I N  S E B A G A I  O B J E K  C A B A R A N  K I T A


Anggapkan begitu . Kenapa ? Sebab , semua orang terdiri daripada pelbagai ragam dan karenah yang mungkin akan selalu membuat kita lebih beremosi negatif . Tidak semestinya masalah datang daripada diri kita , kadang-kadang masalah juga datang daripada orang lain walaupun kita tidak membuat apa-apa . So , bila terjadinya masalah dari orang lain yang berkait dengan kita , automatik kita kena selesaikan bersama dan anggap mungkin Allah turunkan ujian untuk aku kuat melalui dia . Allah kalau mahu turunkan ujian bila-bila masa saja walaupun hanya untuk menguji kekuatan iman kita .


# Walaupun aku tiada perasaan 'homesick' , entah kenapa bila ayah & ibu call aku , terasa sebak di dada . Maybe aku rindu , ayah aku yang selalu bagi nasihat kat aku bila aku balik dari sekolah dengan masalah . Maybe aku rindu ibu aku yang menyediakan lauk untuk aku makan banyak-banyak supaya masalah itu lenyap sekelip mata . Aku sayang ayah & ibu aku , disebabkan itu aku keraskan hati supaya mereka yang buat macam ni takkan tinggalkan sedikit pun parut di hati supaya aku boleh kejar apa yang aku nak demi membahagiakan ayah & ibu aku . Apa mereka tahu , hanyalah berseronok dengan apa yang mereka ada sampai mereka lupa bala yang mereka buat nescaya akan merosakkan diri sendiri .

PEDULIKAN apa orang kata , yang penting hanya aku seorang saja yang tahu apa aku nak !

Okay cuba untuk menjadi yang terbaik Mastura . Semangat dalam diri tidak akan pernah hilang dari diri . Aku kena perjuangkan selagi aku masih mampu . Aku tahu aku boleh ! Aku pasti BOLEH !


Dengar dunia ! Aku BOLEH untuk jadi yang terbaik dan terbaik . Aku boleh melakukan ! Aku PASTI boleh !

Dear world ! I'm the best , the best and the best forever in my life ! I can do it ! Great !




3 comments:

Fizi Zaidi said...

in sha Allah..awk boleh!!..

reenapple said...

Dear.. reading this... it's like I'm reading what I'm writing for me. =)

Aku juga alami situasi sebegini. Mahu berubah dan berhenti berfikir perkara yang tidak sepatutnya. perlara yang menyerabutkan minda. Dan aku tahu semua itu adalah dengan kuasa Tuhan. Asalkan kita selalu berdoa, insyallah DIA akan makbulkan. =)

#Aku doakan yang terbaik untuk kau. =)

W. Mastura said...

Terima kasih kak . Insya-Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...