Friday, March 8, 2013

Silat

Akhirnya , dapat juga berjumpa dengan Upin & Ipin :D

Salah satu Booth semasa Event 1 Malaysia Family Care '13

Menari Gangnam Style dekat Booth 1 AZAM
Bila Datuk Seri Najib Tun Razak melawat PSIS :)

Recently , pada hari 1 Malaysia Family Care telahpun dirasmikan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak di Politeknik Sultan Idris Shah . Sebenarnya , aku dapat tengok PM dari jauh jeh sebab akukan sibuk bersilat manalah sempat tengok dekat-dekat . Lagi pun dengar jadual dia pack biasalah , sudah namanya pemimpin negara .

Sudah hampir sebulan aku melibatkan diri dalam Seni Silat Gayong di atas nama politeknik . Sebenarnya , aku memang sudah menjebakkan diri dalam silat sejak Tingkatan 3 tetapi pada waktu itu sekolah tidak membenarkan latihan silat dijalankan kerana silat selalunya mempunyai ilmu batin . Argghh siapa kata , kalau ilmu batin lebih baik tidak payah susah-susah nak belajar menumbuk , sepak semua . Kalau pakai batin , pakai hati terus kena penyepak dekat muka orang tu . Tak perlu nak buang tenaga berlatih . HUH .

So , impian yang telah lama berkubur akhirnya terjumpa jugak dengan bantuan pelajar course lain . Kebetulan , masa baru masuk , kita orang sudah dapat tugasan untuk membuat persembahan untuk event ini . So , dekat dua minggu jugak berlatih petang dan malam . Akhirnya , aku yang baru masuk alhamdulilah cepat belajar step yang ada . 

Bersama partner terhebatt <3 br="">

Bersama Cikgu kami :D
Sebenarnya , aku terfikir-fikir nak masuk persatuan atau kelab apalah kan dekat politeknik ini . Tapi , bila terlibat dengan silat , rasanya dah jumpa sebab aku sudah pun dengan rasminya menjadi ahli Persatuan Seni Silat Gayong . HUH . Seronoknya dari kecil teringin nak belajar seni mempertahankan diri cuma ibu dan ayah selalu tidak bagi . Kawad pun .

Aku tak tahu kenapa sejak dulu aku suka masuk benda-benda yang selalu buat aku bersemangat patriotik ? HAHA .

Kadang-kadang , sejak masuk silat ini , terasa selama ini aku tak sedar yang aku ini malas nak bersenam , keluarkan peluh dan aktif dalam sukan . Kekadang , bila berlari sikit sudah semput . Then , bila keluar petang-petang baru perasan yang waktu petang itu sebenarnya indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa . Oh Allah , selama ini memang aku kufur nikmat . Bila merasai semua tu baru perasaan SYUKUR itu membuak-buak di dada dan mengagumi penciptaan-Nya . 

Lagi satu , sebelum ini entah aku rasa masa selalu banyak terbuang . Tapi sejak masuk silat , aku rasa masa aku lebih terisi daripada mengadap FB 24 jam . Serius , walaupun aku tak nak bukak tapi FB membuatkan aku ketagih nak bukak . Ishh payah ni .

Then , bila masuk sesebuah persatuan , kita akan berjumpa dengan ramai orang yang berlainan latar belakang, perangai, personaliti dan identiti . Jadi , bila masuk persatuan ni , minda aku terbuka sedikit demi sedikit berbanding skop persekitaran aku cumalah di dalam kelas dan bilik saja , adeihhh ~ 

Bila kita berkenalan dengan orang di luar skop bidang kita , kita dapat berkongsi pengalaman dan dapat tahu macam-macam daripada dia orang . Sebenarnya , benda-benda macam tulah dinamakan pembelajaran dalam kehidupan . Kalaulah benda ini dibuat subjek , mesti susah kan ? Sebab apa yang kita lalui dalam kehidupan itulah proses pembelajaran .

Dalam kelas aku , ada satu lecturer yang selalu ajarkan dekat kita orang tentang pengalaman beliau . Benda itu semua tak ada dalam buku . Tapi , ada di dalam sejarah kehidupan kita . Nak ciptakan pengalaman yang terbaik , mestilah kena ada usaha nak jadi yang terbaik dan cuba mengubah mindset untuk berjaya .

Okay , melalut sudah .



Semangat kepahlawananku tetap di H A T I  :)

4 comments:

Sally Samsaiman said...

tuuu diaaa dok silat bersungguh ! hehehe :)

pha is said...

mcm pahlawan serikandi.. hehehe
bagus belajar silat ni.. kalau kita tak nk belajar warisan budaya kita sendiri, siapa lagi.. kan..?

ala, pasal batin tu, orang tak tahu, tapi main tuduh2.. belajar dulu, kaji. tak semua ilmu kebatinan tu ilmu ygpenyimpang dari ajaran islam... tak semua ilmu batin ada khadam. tak semua ilmu batin ada kebal.. heheheh..

W. Mastura said...

Kak Sally , mai silat noh . huhu .

W. Mastura said...

Pha Is , betul tu . Bila belajar silat , terasa jiwa kepahlawanan Melayu pada zaman dahulu . Yalah , orang belum cuba belum tahu , dah cuba baru tergila-gila . HEHE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...