Tuesday, March 12, 2013

Strategi


Ecehh . Buat bodoh sajalah bukan dia orang boleh baca pun . Aku pun tak tahu dari mana datangnya berita khabar angin . Setiap manusia memang suka bercakap tentang manusia lain atau bahasa sinisnya CAKAP BELAKANG .

Melainkan kita hanya yang duduk dalam dunia sendiri mungkin atau orang yang jenisnya tidak kisah tentang kisah peribadi orang lain . Macam aku , ambil tahu kisah orang lain bukan bahagian aku. Aku rasa buang masa . Kadang-kadang , bila sudah habis kelas , diikutkan hati mahu saja terbang ke hostel sebab bagi aku masa itu emas. Sukar untuk mendapatkannya selagi kita menangguh nilai emas itu . HEHE .

Okay fine , sekarang ini aku kena fokus dekat strategi aku . Aku kan perempuan berjiwa lelaki , siapa lagi kalau bukan aku yang poyo , suka buat suara rock , dan trademark rock yang dia orang selalu tunjuk dekat aku bila nampak aku . YEAH , terbaekk bro !

Baiklah tolak tepi benda-benda yang akan menghalang matlamat kita dahulu seperti masalah keluarga, persahabatan, cinta dan sebagainya . Actually , aku memang tak ada masalah ini semua . HAHA . Poyo lagi . Jadi , aku memang dilatih untuk membuang hati dan perasaan selagi kita masih mengejar matlamat untuk merealisasikan impian kita .

Jadi , apa yang aku rancang pastikan ia akan terjadi juga ! Kalau tak terjadi , maknanya aku GAGAL . Melainkan , akan ada kejadian di luar jangkaan maka , kita cuma redha saja . Yalah , manusia cuma merancang , tetapi Allah yang menentukan  .

Pada semester ini , kita ada 10 subjek . Subjek yang akan masuk Final Exam ada 6 subjek .

1. BA201 - Engineering Mathematics II
2. CC205 - Mechanics Of Structure
3. CC206 - Industrialised Building System
4. CC202 - Contract Procedure
5. CC203 - Concrete Technology
6. CC201 - Engineering Survey II

Okay , bermula dari subjek ...


Engineering Mathematics II
1. Dapatkan soalan setiap chapter yang korang belajar.
2. Soalan setiap chapter korang buat 5 set soalan.
3. Buat latihan setiap hari.
4. Sekiranya masih tidak faham / tidak tahu . Jangan lupa mencari lecturer atau kawan yang pandai !

 Mechanics Of Structure
Subjek ini sebenarnya senang bagi yang betul-betul faham. Amali yang kita buat tu untuk ukur daya, beban dan bila kita lakarkan , cuma tinggal kira . Cuma , setiap chapter tu berlainanlah sebab tidak semua daya tu sama. Daya boleh datang pelbagai bentuk dan arah juga dengan nilai yang berlainan. Dah kata bangunan tak semua orang yang masuk sesuatu bangunan tu sama berat, sama tinggi , sama rendah dan sama arahnya . Itulah aspek yang aku cuba kaji sambil kita belajar dari buku . Cuba fikir apa yang di luar kotak pemikiran kita .
1. Dapatkan soalan setiap chapter yang korang belajar.
2. Soalan setiap chapter korang buat 5 set soalan.
3. Buat latihan setiap hari.
4. Sekiranya masih tidak faham / tidak tahu . Jangan lupa mencari lecturer atau kawan yang pandai !

 Industrialised Building System
1. Dapatkan nota untuk setiap chapter.
2. Baca dan fahamkan berkali-kali tentang sistem IBS.
3. Ceritakan pada rakan apa yang anda faham !

Contract Procedure
Belajar tentang kontrak bukanlah perkara yang mudah kerana sistem , peraturan , ciri dalam subjek ini adalah FAKTA . Ia sama dengan SEJARAH yang kita belajar dari Tingkatan 1 . Maka , kita sebenarnya boleh mempelajari dan memahami seperti kita mempelajari dan memahami SEJARAH . Cuma , untuk memahami , mungkin kena selalu membayangkan atau membuat peta minda . Semasa kita belajar sejarah dulu pun cikgu selalu menerangkan dalam bentuk peta minda . Cuba kalau mereka buat , cuma NAK atau TAK NAK saja yang menentukan sama ada kita buat atau pun tidak .

1. Dapatkan nota untuk setiap chapter.
2. Baca dan fahamkan berkali-kali tentang contract procedure .
3. Ceritakan pada rakan apa yang anda faham !

Concrete Technology
Subjek ini ada dalam teori mahupun praktikal . Namun , kita akan sampai di kemuncak bila kita memahami dari apa yang kita praktikkan berbanding memahami sekadar teori . Subjek ini juga adalah FAKTA namun seringkali fakta dalam subjek ini berselari dengan apa jua keputusan yang kita buat seperti pembuatan konkrit, konkrit bertetulang dan sebagainya . Mungkin kita kena lebih memahami kaedah atau cara-cara dan sekiranya yang terdapat dalam subjek tersebut .

Engineering Survey II
Salah satu subjek yang aku suka. Subjek ini senang saja kalau kita tahu kaedah dan jalan kira untuk mengira data . Sambil memahami kaedah dan pembukuan , mungkin kita akan ada terjumpa istilah-istilah dalam subjek ini . Kena juga take note dan cuba hafal lagi bagus . Takut kalau dia tanya apalagi kalau istilah tu maksud dia yang berkaitan dengan formula . So , kena berjaga juga kadang-kadang apa yang dia bagi kadang-kadang sikit je kita sudah rasa keliru .


Okay . Ini cuma apa yang aku fikir dan apa yang aku faham , apa yang penting ? KERJASAMA ! Bagi aku , aku bukanlah orang yang cepat pick-up dan senang nak faham tapi , bila aku buat beratus-ratus soalan , barulah aku faham . Aku tahu kita kena study smart , bukan study hard tapi study smart maybe tak sesuai untuk aku . Kalau masa sekolah dulu , aku boleh faham dengan membaca tapi sekarang tak . Aku lebih faham kalau aku banyak mengira dan membaca serta praktikkan . Kalau nak , aku boleh saja bercerita tapi kawan kita pun ada ego masing-masing so ada yang rasa mereka yang betul , kalau terbukti ada kekeliruan dan salah baru mereka dapat menerima sedikit saja pendapat kita . Yalahkan .

Okay , tak baik cakap belakang . Apa yang penting ada pada diri kita . Cuba fikir , kalau orang tu boleh buat kenapa kita tak boleh buat ? Kenapa mesti merendah diri walaupun kita tahu kebolehan kita sendiri . Kenapa nak berputus asa disebabkan masalah yang remeh temeh . Masa kita panjang lagi cik adik oi jadi tak usahlah nak frust atau rasa diri tu tak layak . Kadang-kadang kita kena buang perasaan negatif yang bersarang dalam diri . Betul tak ?

Okay , jom aku kena buka lembaran baru . Soalan Engineering Math dengan Mechanic dah fotostat 5 set dah , apalagi practise saja !

Belajar kena enjoy , sebab ilmu takkan pernah habis . Betul tak ?


3 comments:

pha is said...

betol.. belajar kena enjoy.. x bleh tension2 sangat..

anyway, good luck...

W. Mastura said...

yess betul tu , terima kasih :)

saman samun said...

nota ade x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...