Thursday, March 21, 2013

Tidak semua akan menjadi perfect !





Terngiang-ngiang suara kakak yang menegur kami di PI .

Tahu tak ramai kawan kamu tak datang ke PI (Pusat Islam/Masjid dalam kawasan politeknik) . Kita buat kuliah Maghrib berapa kali seminggu . Dua kali saja kan ? Kita agama apa ? Islam dekat mulut saja ke ? 

Kalau ya pun AJAK kawan kamu ke PI . Suruh mereka datang , susah sangat ke ? Itu baru nak datang ke PI.  

Aduhhh . Malu betul . Sudah muslimin pandang-pandang saja dekat kita orang yang kena tegur dekat luar bilik solat perempuan . Diikutkan hati mahu jadi lelaki sekejap , duduk dekat kawasan lelaki . Lelaki sempoi saja ke PI . Tak pernah aku dengar abang-abang masjid tegur dia orang . Seterusnya , terdetik dekat hati aku . Selama ini memanglah aku nampak dan dengar ura-ura di antara kawan-kawan aku yang malas mahu ke PI tapi aku saja yang tidak menegur . Bab-bab ibadah ini bagi aku , kau orang sudah besar . Sudah tau halal dan haram jadi pandai-pandai fikir . Takkanlah aku nak tegur kang kata aku ni bajet alim .

Baru aku tahu semakin ramai yang malas menghadiri program pada semester ini . Aku ingat sikit jeh . LOL .

Ahh nak cakap apa . Dekat kepala punyalah banyak idea nak berkata-kata . Chewwahh ! Hah , speechless betul .

Aku tahu tak semua kawan aku suka bila tengok blog aku ini . Yalah , penat aku belajar guna blog dari zero sampailah ada kawan blogger ramai macam sekarang . Sejak Tingkatan 3 kut , bila baca entri post 5 tahun lepas rasa kelakar sekejap . HAHA .

Aku tahu , dekat diri ada banyak kesilapan yang aku lakukan . Cuma terima atau tak saja . Tapi , aku tak adalah seratus peratus tak terima langsung kata dia orang cuma susah sikitlah , yalah orang berkata tentang diri kita sendiri jadi memang sukar untuk menerima walaupun aku suka dengar orang komen tentang diri aku . Tapi tak adalah susah terima lepas tu buat bodoh saja . Mestilah aku try nak perbaiki diri aku then list apa yg patut aku buat untuk menghapuskan kesilapan aku .

Aku tahu , kadang-kadang aku saja jeh nak bergurau dengan perangai poyo , berlagak tu semua . Then aku tak ambil kisah pun sebab aku dah tahu ragam dia orang . Habis takkan sepanjang masa aku nak fikir "A'ahlah dia orang kutuk aku , bahan aku . Jadi , aku rasa down sekejap" . Heyy tak ada makna . Aku bukannya dengar pun orang kutuk bahan aku pun . Langsung tak menjatuhkan motivasi pun . Lagi pun aku fikir simple dan hati perasaan tuh aku buang jauh-jauh . Takkan nak sensitif pulak . Cool sudah walaupun aku kuat melenting bila orang melenting dekat aku . HAHA .

Yalah , seperti biasa . Orang selalunya nampak keburukan . Kebaikan sukar nak dinampak . Okay satu kesimpulan . Aku tak fikir aku betul . Yalah , kadang-kadang kita kena terima kritikan orang lain untuk menjadi seorang yang terbaik . Walaupun susah sebab ego aku tersangatlah bergunung . Kadang - kadang rasa perit sebab terpaksa merendahkan sedikit ego hanya untuk menyedapkan hati orang lain .

Maybe selama ini aku sudah puas jaga hati orang . Tapi orang tak pernah sedar . Aku tahu kadang-kadang orang tak boleh terima siapa kita . Orang masih mencari-cari keburukan yang ada . Tapi walaupun aku jumpa keburukan , aku still revise balik sebab orang tu pernah buat kebaikan yang aku nampak tanpa sedar . Tapi dia orang ada revise balik ke ?

Aku tahu yang boleh jadi cermin hanyalah orang yang berada di sekeliling . Masalah selalunya datang daripada diri kita sendiri . Ya . Aku pernah dengar ayat tu daripada orang atasan aku pada suatu ketika dahulu . Aku tak kata aku matang . Sebab aku sedar apa yang aku buat , walaupun kadang-kadang aku gelakkan diri aku sendiri sebab kadang-kadang aku tak sedar apa yang silapnya aku buat .

Aku rasa aku buat tu semua sebab bergurau . Kalau orang bergurau dengan aku , asal tak boleh pula ? Kalau orang berkasar , asal tak boleh pula ? 

Yalah . Kadang-kadang ada orang over bagi direction . padahal , dialah lagi ego daripada aku . Nak cakap pergi cermin diri sendiri dulu . Memang setiap hari aku bercakap depan cermin sebab bila aku pandang cermin mulalah melaungkan kata semangat . Kadang-kadang sajalah bila aku rasa kusut . 

Aku rasa budak-budak yang suka mengutuk lagi tak matang kut . Setakat hidup nak bahan kutuk orang apa barang ? Kalau pandai tak apa jugak , ini bodoh-bodoh saja aku tengok . Biarlah orang nak kata poyo sekalipun , padahal orang yang kata tu tak kemana pun . Still dekat situ jeh . Hampeh betullah kan . 

Okay fine tak baik cakap belakang kan Encik Blog? Tapi cakap jugak kan kan ?

Sebenarnya . Hari ini ada perkara yang berlaku sampai ada orang yang menegur aku . Bolehlah , apa salahnya aku terima dengan hati yang terbuka . Aku kan selalu muhasabah diri tapi apa yang aku fikir , jadi sekarang ni muhasabah diri apa yang orang fikir pulak .

Okaylah , aku tahu kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya kita ada buat silap .

Kejap . Kenapa ada banyak kadang-kadang ni ?


Aku tak nak kau dipermalukan diri sendiri . Cubalah jadi perempuan balik . Kau sebenarnya cantik . Manis orangnya . Biarlah orang kata kita buruk janji perangai yang kita bawa tu cantik .

Thanks di atas kata-kata itu .

Then aku ada survey dekat kawan lama aku di FB . 

Jgn terlalu memikirkan ape yg dorang ckp keyh ... Be yourself .. Ko makin dgr ckp orang ,, makin down taoo ... Tpy ko kne La ubah ckit sikap ko .. Jgn terlalu kasar keyh .. Lemah lembut ckit .. Ak gurau je .. Ko kne sabar ok. -Sue-

Cuma kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak knp ramai mcm tak suka kau. Jujur la ye. ada tak nak kwn dgn kau. aku rasa kau okay je. tp maybe cara kau bercakap atau cara gaya kau lain dari yg lain buat org tak selesa kot. atau kau lain dpd yg lain org rasa susah nak rapat dgn kau. dan mungkin org anggap kau terlebih ke. atau over ke. pendapat aku, aku rasa kau tak perlu ubah apa apa. baik jadi diri sendiri. tp cuba la sesuaikan diri dan selesakan diri dengan org sekeliling dan situasi sekeliling kau. spy org sng nak dapat and rapat dgn kita. -Mimi-

Lantak laa orang nak cakap ape , just be yourself ... sepatut nya kwn kau boleh terima baik buruk kwn dia .. INGAT , just be yourself .  jangan jadi hipokrit .. itu yang paling penting .. oh ya , jgn lupe doa ngan Allah , Allah tempat yang paling baik kalau kau nak mengadu. -Fara-

Mungkin dorg nampak ko macam keras sikit...yela ko kan slalu ckp kat aq yg ko nak berubah...
mungkin ko suka conquer means ko suka buat kerja sorang-sorang. -Anuar-

Ini jeh lah antaranya . Aku tahu kita tak boleh nak tutup mulut orang , tapi kita boleh tutup telinga . Tak semua orang perfect . Sebenarnya aku tak kisah kalau ada orang tegur aku . Lagi aku suka daripada kau orang cakap belakang buat gosip bukan-bukan lagi aku menyampah . Okay .

So terima seadanya . Tak semua orang perfect .


Okay aku akan cuba ubah apa yang patut dan terima dengan redha . Cuba untuk mulakan hidup baru :)



2 comments:

Sally Samsaiman said...

hidup kita, kita yg tentukan...kalau nk jadi baik, kearah baik la kita...

tegur kawan bila perlu...supaya sama-sama kita ke Jannah :)

W. Mastura said...

Betul tu akak sally . Hidup kita yang tentukan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...