Wednesday, April 3, 2013

03.04.2013


Hari ini ada tiga Test dan satu Quiz . Malam tadi aku tidur pada pukul 1.57 pagi . Huh , bangun awal juga . Sudah hampir tiga minggu aku stayback dekat library . Menyedari dari awal yang aku akan menghadapi Final Exam untuk Semester 2 pertengahan bulan ini .

Aku tidak menyimpan segalanya lagi . Amarah dan dendam cumalah perosak hati untuk mengejar matlamatku sebagai jurutera . Aku kena kikis hati dan perasaan supaya tidak mudah berasa negatif . Kena bijak berfikiran positif . Segala yang aku rancang , Alhamdulilah . Kita kena merancang untuk berjaya , dan kalau gagal bermakna kita merancang untuk gagal .

Alhamdulilah, selama dua minggu ini berjalan lancar dan rakan-rakan sekelas aku sudah memberikan komentar yang terbaik dalam perubahan ini . Kadang-kadang aku mengeluh, susahnya nak kawal perasaan, susahnya nak jadi orang lain, susahnya nak berubah menjadi seorang yang pasif demi menjaga tatatertib sebagai seorang wanita . Maksud aku, sebelum ini tiadalah seteruk mana cuma aku terlalu berani menyampaikan hujah yang bersarang di minda tanpa ditapis . Tidak semua orang boleh menerima bila kita menegakkan pendirian kita, betul tak ?

Apapun , kawan-kawan sekelas aku yang selalu menjenguk ke blog ini . Maafkan aku jikalau ada terasa dalam penulisan blog selama ini . Alahai , korang pun tahu aku macam mana ? Relaks dan cool sudah . HAHA .

Alhamdulilah . Alhamdulilah . Alhamdulilah . Aku dapat full mark bagi TEST 2 subjek Engineering Mathematics II . Rasa tidak sangka sekejap sebab ada subjek Additional Mathematics yang pernah aku ambil dulu semasa sekolah menengah kut .



Mungkin selama sebulan ini usaha aku dengan mencetak soalan-soalan yang dicari dan copy banyak-banyak serta membuat latihan serta soalan yang sama berulang akhirnya tercapai juga . Aku sedar yang aku bukanlah seorang yang pandai tetapi jikalau hujung parang kita asah setiap hari lama-lamakan tajam jua .

Dan, dengan peperiksaan ini sahaja dapat menentukan perubahan mutlak walaupun tidak sebesar mana tetapi jikalau perubahan itu berkaitan dengan harga diri serta pandangan orang terhadap aku selama ini akan berubah YES ! Aku akan terima sebagai cabaran . Tiada siapa boleh menghalang kehendak hati aku ingin berubah dan berjaya ! Hanya KITA sahaja yang boleh mengubahnya !

Tiada siapa yang mahukan dirinya dipandang sebelah mata . Amboi , sudah macam lagu Anita Sarawak pula . Saya pasti saya boleh . Saya YAKIN saya BOLEH !

Doakan aku untuk berjaya meraih gelaran AKJ untuk semester ini .

Peperiksaan akhir semester di politeknik bermula 22.04.13 ini .

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester bagi yang menghadapinya  :)



6 comments:

JeeMacey said...

do the best mas..bukan senang untuk kite dptkan masa depan yg cerah...mulalah dr sekarang...pasaran kerja skrg persaingan terlalu sengit...siapa yg ada kualiti itu yg dipilih....::)

Sally Samsaiman said...

selamat menduduki final exam...jangan lupa Allah..insyaAllah :)

W. Mastura said...

PASTI Kak Jee ! Terima kasih kak . Usaha tangga kejayaan ! Fighting :)

W. Mastura said...

Insyallah kak Sally . Amin :)

Nurul Najihah said...

gudluxxx sis ; najihah doakan kejayaan sis :)

W. Mastura said...

thanks kak Najihah . Insya-Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...