Monday, April 8, 2013

Motivasi diri

Merenung masa hadapan ;)
Saja menulis untuk menghilangkan keserabutan untuk menyiapkan report Engineering Survey beserta Project Analysis untuk Technology Concrete . Sebelum itu, kena tarik nafas panjang-panjang . Tidak boleh tension-tension . Hajat untuk berpuasa ganti  hari ini sepatutnya punah jua . Tak apa esok ada lagi , Insya-Allah :)

Yang pertama , kena cuba buang segala benda yang langsung tidak berkaitan di fikiran . Jangan nak merasa benda yang negatif . Selalu berkata pada diri yang saya kena cool . Relaks dan tenang .

Yang kedua , cuba susun balik subjek yang nak kena buat latihan mengira dan membaca/hafal . Catatkan dan tampal di papan kenyatan depan meja study . Kalau boleh satu hari study 3 subjek .

Yang ketiga , jangan bangga diri . Jangan rasa yang kita ini pandai atau sebaliknya . Sentiasa merendahkan hati tapi janganlah downkan sangat . Kita kena ada kekuatan dalaman . Tabahkan hati . Katakan yang kita boleh . Jangan tengok fizikal semata-mata . Kalau kita usaha dan tawakal , Insya-Allah pasti Allah akan tunaikan .

Yang keempat , kalau tak fokus cuba ambil masa lima minit untuk baca doa belajar ,  berselawat , ambil nafas dalam-dalam dan fikir yang aku nak belajar , buang segala benda yang tidak berkaitan . Okay cool , belajarlah ikut keselesaan seperti mendengar lagu , menyanyi dah sebagainya tapi kena fokus juga ! Jangan leka ! 

Yang kelima , selalulah solat hajat . Katakan secara terangan-terangan kepada Allah impian dan hajat kita . Jangan malu berdoa dengan dia . Pedulikan rakan anda yang masih bermain-main . Jangan ikut kawan yang negatif tapi ambil yang positif .

Selalu menjerit SAYA BOLEH melakukannya . Hebat hey !

Saja nak motivasikan diri sendiri . Kalau bukan kita siapa lagi yang peduli kan ?

Haha :)




2 comments:

Aniq Bukhary said...

apa function Benda kaki 3 tu ye? Salu tengok org pakai?? ada kaitan ke ngn engeneering? (bertanya menzahirkan kebodohan dan kekurangan ilmu) hehe

W. Mastura said...

Kaki tiga / tripod tu sebagai alat untuk meletakkan / stabilkan alat aras ukur tanah . Tak ada kaitan dgn engineering je , kamera pun ada tripod tau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...