Sunday, May 26, 2013

Berkata dengan gambar .

Balik kerja hari ini aku terasa penat sangat . Terkena pula dengan rakan sekerja lelaki yang suka bercakap besar . Aku malas untuk melayan walaupun aku tahu ego aku terlalu besar untuk menerima kata-kata itu . Kata yang mengatakan tentang cita-citaku .

Dia kata bidang yang aku ambil adalah kerja lelaki . Bolehkah aku dapat menjadi seorang jurutera . Aku cuma tersenyum . Tidak menyangka yang aku akan berjumpa dengan seorang yang berfikiran negatif . Mungkin disebabkan dia tidak sambung belajar sepertiku maka dia boleh berkata apa sahaja fakta yang tidak sahih kepada kami .

Aku tidak tahu kenapa aku rasa ingin saja berhenti . Tidak aku nafikan kerja di situ agak berat dan tidak bersistem . Bekerja di kedai barangan plastik bukan saja menguruskan barangan plastik tetapi barang hardware , aksesori dan sebagainya . Apa nak buat , di pasaraya-pasaraya yang aku pohon langsung tidak memanggil aku untuk bekerja di situ . Mungkin bukan rezeki aku .
 
Sambil aku mencari-cari sesuatu , tiba-tiba terpacul gambar yang aku simpan selama setahun ini . Terbit pula rasa rindu padanya . Tapi , aku tidak tahu entahkan hatinya tidak berasa apa-apa yang indah untukku . 


"Tahu tak ? Aku tak tahu kenapa hati ini keras untuk menerima apa yang terjadi . Sedih bila orang memperkotak-katikkan cita-cita dan kemampuan aku . Walau apapun aku tetap berusaha untuk menjadi seorang jurutera . Kita sama-sama jadi jurutera , okay ?

Sebenarnya , setiap hari dan setiap detik bagi cuti semester ini sangatlah menyeksakan . Aku bersendirian menghadapi hari-hari yang sukar tanpa sedikit khabar berita dari jauh . Tidak tahu sama ada perasaan ini mungkinkah akan bertahun-tahun lamanya . Aku tidak tahu yang aku akan menyimpan perasaan walaupun hati sekeras kerikil .

Aku tidak tahu akan rindu ini mengamit masa kelamku yang membuat aku selalu bersedih . Sukar untuk melupakannya , andai kau tahu yang aku tulus . Tapi , aku tidak mahu menyatakannya .

Walau apapun , aku harap akan ada sinar suatu hari nanti . Tidak mahu selamanya begini . Aku mesti buktikan yang aku boleh capai apa yang aku nak tanda aku tulus dan ikhlas .

Walaupun ini sangatlah menyakitkan , aku hanya mampu keraskan hati . Hanya mampu keraskan hati :) "

Menjadi seorang yang lemah sangatlah mudah , tetapi untuk menjadi seorang yang tabah dan kuat , perlukan semangat yang kental .

Berharap Allah akan sampaikan isi hati ini dalam hatinya .

Insya-Allah .




2 comments:

reenapple said...

Biarkan sahaja kata3 yang mahu jatuhkan diri kau. Sekurangnya kau tahu DIA sentiasa bersama kau.

Dulu, sebab aku terlampau berfikir kata2 yang menjatuhkan diri aku, akhirnya aku yang menjatuhkan diri aku. Huuu

*Semoga berjaya dalam usaha mencapai3 cita3 tu.

W. Mastura said...

Terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...