Saturday, May 11, 2013

Cuti yang membosankan .


Huh . Bosannya . Hampir satu minggu aku bercuti dari perkuliahan . Rancanganku yang telah aku aturkan sejak Semester 1 untuk bekerja pada cuti ini rupanya terbantut . Mungkin , benar kata orang kita telah merancang tetapi Allah lebih menentukan .

Cuti ini aku tidak berbuat sesuatu yang khusus cuma , aku terlalu sibuk menolong ayah dan ibu serta membuat kerja rumah yang banyak tersisa . Terasa lenguh bila bahuku selalu kebas . Mungkin aku terlalu banyak memberus pakaian , membantu atau sedaya upaya mengemas rumah mengikut rentakku tersendiri . Jejari dan kaki sedikit pedih kerana selalu terkena air sabun yang bersifat mengikis. Sesungguhnya , bila sampai di rumah aku terlalu banyak omelan tanda tidak berpuas hati terhadap adik-adikku menggunakan katil dan meja belajarku tanpa mengemaskannya !

Seringkali , aku menyumpah agar mereka semua masuk ke dalam sekolah berasrama atau sambung belajar ke tempat yang jauh agar mereka lebih mengenali apa itu erti berdikari dan melatih diri menjadi seorang yang pembersih dan kemas . Aku tahu aku agak cerewet dalam hal sebegini tetapi dalam citarasa tidaklah secerewet mana . Aku cuma manusia ringkas dan mempunyai citarasa yang ringkas .

Aku tidak tahu . Rata-rata aku telah meninggalkan nombor telefon tetapi tiada siapa sudi memberikan pekerjaan sementara untukku mencari duit untuk membayar yuran Semester 3 nanti . Mungkin, aku tiada rezeki pada kali ini kerana aku mungkin belum bersedia untuk bekerja dalam waktu yang singkat sehabisnya Semester 2 . 

Dalam soal hati , aku tidak tahu sama ada perasaan ini serius atau tidak . Sudah banyak kali aku cuba melawan arus agar aku tidak terlalu ikut kata hati . Aku harus sedar bahawa aku bukanlah terbaik untuk dia . Aku tidak sepatutnya bertindak walaupun dia tidak tahu . Entahlah . Aku masih di dalam kawalan ego yang senantiasa menolak perasaan yang remeh-temeh ini agar aku mampu bangkit menjadi seorang yang kuat . Aku sudah tidak mahu cinta membuatkan aku lemah . Cukuplah aku berdendam dengan lelaki yang hadir sebelum ini sebab aku tidak mampu untuk berdendam dan memandang matanya dengan penuh kebencian . Biarlah aku memandangnya dalam diam dan tersenyum dari jauh . Aku percaya , satu hari nanti saat aku berjaya mengapai cita-cita , aku pasti dapat cinta yang aku inginkan . Walaupun , kisahku tidaklah sebagus kisah novel yang aku baca .

Mungkin , ramai rakan-rakan yang memberikan pendapat mereka . Tetapi, biarlah aku begini . Aku lebih rela bersendirian dari menyulam cinta palsu dan bersifat sementara pada waktu dan umur yang tidak sesuai . Aku tidak mahu mengecewakan ibu dan ayah . Aku tidak peduli apa pandangan orang melihat status sebagai kayu ukur betapa gahnya mereka . Terasa mereka masih belum matang kerana terlalu berseronok di atas dunia ciptaan mereka yang tidak kekal , entah lama atau tidak kerana mereka sebenarnya tidak membuat apa-apa persiapan untuk itu .

Ada satu perbezaan . Kisah cinta dalam novel di tulis oleh penulis tetapi kisah kita di tulis oleh Allah .



4 comments:

reenapple said...

As been said, reality is far far more challenging than what we read in books.

Dalam segala hal, mintak sahaja petunjuk DIA. Itu yg aku cuba buat skang ni. ALLAH maha mengetahui. :)

#oh... selamat bercuti.

W. Mastura said...

Terima kasih di atas saranan akak . Dia lebih mengetahui apa yg terbaik :)

pha is said...

kesian adik2 kna berleter.. hahaha

kakak marahkan adik itu normal. tapi kat rumah pha is kalau cuti, adik pompuan pha is pun marah kat abng dia ni sbb malas mengemas... hahahaha

W. Mastura said...

haha biasalah sebab pha is kan lelaki . tak gitu , huhu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...