Tuesday, May 14, 2013

Demam



Tidak semena-mena kepalaku terasa berat di saat bangun tidur pada pagi Ahad. Aku fikir ini cuma migrain dan selalunya migrain adalah permulaan sebelum demam. Dan memang betul . Aku rasa lemah pada hari itu .

Mungkin , pada waktu-waktu ini akan memberikan rasa suram . Melihat ke segenap ruang yang tiada lagi bersinar dan berwarna seperti dulu . Hanya kedengaran bunyi angin . Mungkin kedengaran bunyi kucing yang mengiau hanya meminta aku memberi makanan kerana di saat ini hanya aku sahaja berada di sini . Jikalau dulu adalah saat berwarna , tiada kucing yang meminta di sini kerana pasti di usir . Tetapi pada saat kesempitan , terdetik untuk berkongsi masalah dengan kucing kerana terasa kucing lebih memahami aku daripada manusia . Ya , kucing lebih memahami aku daripada manusia .

Entah kenapa , aku berkata pada Putih agar mendoakan aku agar aku mempunyai banyak rezeki dan aku boleh membawa mereka semua keluar daripada sini . Aku harap kucing-kucing itu selalu mendoakan kami agar kami akan selalu sediakan mahligai yang indah dan makanan yang enak-enak . Kata Kak Jaja , kucing selalu mendoakan tuannya agar banyak rezeki untuknya memberi makan . Aku harap begitu .

Di saat ini juga , hati aku banyak tersentuh . Dek kesilapan waktu silam . Banyak betul kesilapan pada waktu silam . Terasa tiada lagi waktu indah untuk aku di sini . Di ikutkan hati , aku tidak mahu menjejakkan kaki di sini . Tiada lagi gelak ketawa di sini . Tiada lagi kasih sayang di sini . Jikalau aku punya banyak wang , akan aku pindah daripada sini . Di sini cuma ada manusia berhati bongkak dan celupar . Terlalu ramai orang tua yang berhati busuk dan pendengki . Aku tahu aku terlalu marah di sisi dendamku tetapi aku tahu kerana cabaran itu , aku tidak akan menjadi sekuat ini bak kata Ijah . Dan , aku tidak ketemu sahabat seperti Aidah .

Terlalu banyak aku kesal dan aku kecewa kerana tidak dapat melupakan sesuatu yang pahit .

Dan aku berharap mempunyai kesempatan untuk berpindah dari semua ini .

Sebab semua ini terlalu pahit dan terpaksa tunggu sehingga aku berjaya menggapai cita yang aku kehendaki .


Mesti korang ingat aku merepek kan . Bahasa apalah aku terjemahkan ni . HAHA .

 

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...