Tuesday, May 28, 2013

Keputusan Semester Dua



Sudah tiga kali aku klik perkataan yang sama . Klik "Keputusan Peperiksaan" dalam laman SPMP . Hanya tinggal lagi satu anak tangga sahaja ! Hanya lagi satu anak tangga saja untuk mencapai AKJ . Mungkin , belum sampai rezeki aku walaupun aku sudah membuat persiapan yang terlalu awal . Aku masih perlu terus mengasah otakku lebih pandai lagi kaya dengan pengalaman untuk menjadi seorang jurutera kelak .

Kawan aku ada menghubungi tadi . Katanya dia sedih kerana pointernya menurun walaupun masih 3.00 ke atas . Dan , dia terkilan kerana sahabat baiknya yang sering ditemani oleh beliau saban hari lebih bagus darinya . Dia tidak kisah kalau mereka sama-sama belajar tetapi rupanya , memang mereka gembira bersama tetapi bila minta di ajar , sahabatnya langsung tidak memberi perhatian . Senang cerita , apa saja di tanya hanya berkata tidak tahu , tetapi sebenarnya dia tahu . Psikokah ini ?

Aku juga terkilan . Tetapi apa boleh buat . Kita cuma insan biasa yang tidak dapat terlepas dari dugaan Allah . Mungkin Allah mahu memberi rezeki itu kepadanya dulu untuk menguji . Gagal sekali tidak selamanya gagal , kawan . Kita masih berpijak di bumi yang nyata . 

Aku juga terkilan . Sudah banyak aku lakukan untuknya juga tetapi susah tidak sama di kongsi . Betul kata orang , sekarang muka baik , hati belum pasti bersih . Muka jahat , hati belum pasti kotor . Sekarang ini dunia sukar untuk di jangka . Memang berbeza berbanding manusia dahulu yang mementingkan ketamadunan dan tatatertib .

Aku juga terkilan . Hanya aku sahaja yang sedar saat ini . Mata-mata yang memandangku sudah tidak lagi mengenalku hanya kerana aku tidak senang seperti dulu . Kadang-kadang aku terfikir , apakah salah aku pada mereka ? Aku tidak pernah menyusahkan hidup orang , orang pernah menyusahkan aku adalah . Pelik sungguh dunia hari ini sampai aku hanya mampu mengucap Nauzubillah . Hanya Allah yang tahu apa adanya .

Tolonglah wahai manusia . Berhati perutlah , sudah seikhlas berkawan berkira . Sudah di anggap baik mencuri . Tolonglah sedar , bukan solat dan ibadah khusus sahaja menjadi pengukur iman tetapi HATI yang BERSIH .

Kalau hati tidak bersih , jangan harap hidup kita akan berkat . Serius .

Kalau nak berjaya senang saja . Hati kena bersih :)

Tetapi , alhamdulilah . Pointer aku meningkat dari Semester Satu . Insya-Allah , Semester 3 nanti aku mesti AKJ .

AKU PASTI BOLEH ! PASTI ! LAWAN TETAP LAWAN !

LAWAN SAMPAI MENANG !

 


4 comments:

reenapple said...

gOOD LUCK AND Congratulations. Cuba lagi. :)

W. Mastura said...

Thanks kak reen . Insya-Allah :)

pha is said...

tahniah.. smoga dapat AKJ...

W. Mastura said...

Terima kasih banyak Pha Is :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...