Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Bersama Cikgu Sejarah :)
Nampaknya hampir setahun lebih aku sudah meninggalkan sekolah . Jikalau dulu , aku tidak mahu mengingatkan sekolah kerana terdapat kenangan pahit di situ . Tetapi , aku tidak pernah lupakan cikgu yang sudi bersama aku semasa aku susah dan senang .

Bersama Cikgu Seni
Menurut adik aku, Cikgu Halimah iaitu guru Pend. Seni aku sudah lama berpindah. Sedihnya, baru ingat nak jumpa. Apapun, walaupun dia mengajar aku sampai ke Ting. 3 tetapi kalau ada apa-apa kerja lukisan atau membuat poster dia mesti panggil aku untuk turut serta. Dia yang selalu ajar aku untuk bermain dengan warna, mengajar aku lukisan mural sehingga aku pandai. Tanpa dia dengan diizinkan Allah, tidak mungkin aku pandai melukis seperti hari ini.


Bersama Cikgu Biologi :)
Ini Cikgu Ida. Masa Ting. 5, dia selalu jadi pakar kaunseling aku. Bila aku ada nak cerita masalah apa-apa, aku mesti telefon dia sampai tidak ingat dunia. Aku rindu sangat nak luahkan dekat dia sebab dekat Politeknik aku belum lagi bertemu pensyarah untuk meluahkan masalah seperti beliau . Apapun, terima kasih Cikgu sebab selalu bagi saya semangat dan dorongan hinggalah sehabisnya SPM. Jasa cikgu tidak dapat saya membalasnya.

Apapun, saya sayang cikgu-cikgu saya. Ternyata, pukulan, tamparan dan herdikan sesekali tidak pernah menjengah menuntut hati dendam saya sebab saya sayang semua cikgu saya sampai bila-bila :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...