Wednesday, May 22, 2013

Selamat Hari Rabu

Sebenarnya aku sudah bekerja . Rehat 2 jam sehari dan cuti sehari seminggu . Bolehlah janji sebulan kerja dapat duit untuk Semester 3 . Alhamdulilah , lambat laun rezeki Allah sampai juga .

Tidak tahu untuk tulis apa . Blog ini pun sudah semakin sepi walaupun aku tahu ramai pembaca senyap yang tidak meninggalkan jejak di SHOUT BOX . Kalau ada yang follow jangan lupa tinggalkan mesej . Nanti saya FOLLOW BALIK . Jangan risau :)

Ramai orang kata , banyak yang mahu ubah dunia tetapi tidak mahu mengubah dirinya sendiri . Tahu tak betapa sukarnya mahu mengubah diri sendiri ? Tidak semua orang nasibnya sama . Sedangkan aku mahu ubah nasib pun mengambil masa yang terlalu panjang . Mungkin disebabkan usia aku yang masih muda yang inginkan perubahan yang drastik jadi masa boleh menjadi penghalang yang sungguh mencabar .

Kehidupan seolah-olah menuntut untuk menjadi lebih tegas dan kejam . Sekarang ini , lagi ramai yang busuk daripada yang bersih . Apalagi melihat bangsa Melayu kita yang masih ... Tidak ada ciri-ciri untuk melakukan suatu perubahan pemikiran yang masih cetek dan remeh . Kadang-kadang bila mendengar dan melihat , mungkin akan mengejek dalam hati bahawa mereka tidak tahu bersyukur , mahukan sesuatu yang lebih murah atau memberi komen yang tidak berkaitan, bagi aku itu adalah sangatlah kekampungan . Ya , bangsa yang pemikirannya sangatlah kekampungan . 

Please TIRU bangsa lain yang lebih bagus . Jangan tiru BUDAYA BURUK , ambil iktibar kerajinan dan tahap MINDSET orang lain .

Cuma pandangan seorang yang berjiwa patriotik & positif .


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...