Sunday, June 16, 2013

Hari terakhir



Hari ini hari terakhir aku bekerja di kedai plastik yang juga merangkap barangan hardware , aksesori dan pelbagai barang kelengkapan rumah yang lain . Jikalau beberapa hari yang lalu aku rasa begitu teruja bahawa aku akan berhenti pada hari ini .

Tetapi bila pulang ke rumah , perasaan aku bercampur-baur . Ada rasa gembira , sedih , keliru .

Tetapi kenapa , hati aku seolah-olah 'tertinggal' di situ . Mungkin , aku sudah anggap tiga orang lelaki itu sebagai kawan lelaki terbaik yang pernah aku jumpa . Di situ , supervisor aku seorang lelaki berbangsa cina , aku hanya mengelarkan dia abang Ah Seng . Abang Ah Seng itu handsome ! Rambut gaya K-POP tu . Tidak perasan rupanya umurnya mahu mendekati 30-an . Cara dan gayanya tampak bersahaja dan amat suka membuat lawak membuat pekerja lain selesa bekerja dengannya .

Dan , aku rasa berterima kasih tak terhingga , rehat petang tadi dia belanja aku makan KFC . Dia kata sebab kita orang selalu OT , tapi bila aku fikir balik , bila masa aku OT , itupun masa kemas mahu tutup kedai cuma lebih 10 minit saja . Entahlah .

Dan , sebelum pulang , aku bertanya dekat abang Ah Seng tu , macam mana dia boleh tahu orang tu macam mana ke dia kenal dulu baru tahu ? Dia kata , hati manusia kita mana tahu . 

Lagi dia kata , cuma satu saja .

Jangan percaya orang . Kata-kata itu seolah-olah tepat buat diri ini .

Dan , baru aku sedar , disebabkan segala masalah dan kesilapan ini adalah disebabkan aku percaya kawan atau orang yang rapat denganku .

Sebulan lebih cuti semester ini seolah-olah memberikan banyak pengajaran untuk aku tentang hidup ini dan terus berfikir .

Berfikir dan berfikir .

Dan akhirnya , air mataku tumpah juga .

Sudah berjuta onak duri aku lalui walaupun umurku tidak sesuai untuk di duga seperti itu .

Kenapa aku masih tidak kebal lagi ?



2 comments:

reenapple said...

It takes time to heal. Percaya saja pada diri sendiri. Kalau mahu percaya orang sekalipun, pilih yang terbaik. :)

pha is said...

wa.. untung la ada org belanja kfc.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...