Wednesday, June 19, 2013

Jatuh cinta



Malam ini aku cuba melelapkan mata dengan mendengar lagu Korea tapi tak dapat . Terlalu asyik memikirkan masa yang telah berlalu dan masa depan . Kadang-kadang tidak semena hati dipagut resah . Entah bila sampai begini . Mungkin aku resah , akan berangkat ke Politeknik esok .

Mungkin ini adalah hikmah aku tidak mendapat pekerjaan sementara semasa permulaan cuti semester . Akhirnya , aku dapat kerja di kedai plastik itu . Dan , mungkin akan ada satu pertemuan . Bertemu dengan pewaris perniagaan keluarga mereka . 

Dia adalah Supervisor aku , lelaki berbangsa cina . Aku cuma memanggil dia abang kerana dia lebih tua daripadaku . Pada mulanya dia memanggil aku Ah Moy , setelah bertanyakan namaku , dia kata namaku terlalu panjang maka aku hanya meminta dia memanggil aku Mas . Dia hanya berseloroh yang dia akan memanggil aku Emas . HAHA .

Mungkin , aku selalu juga terfikir . Dia tidak bosankah hidup di kedai besar ini . Pada waktu malamnya , tidur di bilik belakang . Dua kali sebulan baru pulang ke rumah . Bangsa Cina memang terkenal kerajinan dan disiplin dalam kehidupannya yang selalu membuat aku mahu mencontohi mereka . Tidak sedar rupanya umurnya mahu mendekati 30-an . Mungkin wajahnya nampak seperti 20-an dan rambut berfesyen K-POP . Ada rakan sekerja aku kata , dia baru putus dengan teman wanitanya yang menyebabkan dia menangis sebelum aku bekerja di sana . HUHU .

Aku memang menghormati beliau sebagai Supervisorku . Aku tidak sangka yang dia sebenarnya peramah , pandai berjenaka dan penampilannya yang bersih dan segar . Tidak lokek dari senyuman bila berhadapan dengan pelanggan . Bila aku melihat dia tersenyum , aku juga ikut tersenyum . Rasa bahagia bila berada dalam situasi itu .

Tapi , aku tidak tahu mengapa ? Jikalau lelaki sebelum ini betul-betul mengeraskan hati tetapi dia tidak . Jikalau lelaki sebelum ini membuat aku berani tetapi dia, aku tersipu malu . Mungkin aku selesa dengan sifatnya .

Bila aku membuat kerja bersamanya , dia lebih suka berkata tentang perihal kemanusiaan dan kehidupan . Aku tidak sangka yang dia juga berfikiran seperti itu . Dia juga selalu menegur aku agar selalu senyum . Dan , lawak jenakanya selalu membuat aku tersenyum semasa membuat kerja walaupun aku cuba sembunyikannya . Dia begitu baik denganku , selalu menolong aku untuk mengangkat barang berat , seorang yang rendah diri dan tidak ego . Selalu membelanjakan pekerjanya dan anggap mereka sebagai kawan .

Aku ingat , dia pernah berkata , dalam dunia ini ada pro dan kontra , ada hitam dan putih . Dunia ini memang tidak selalu adil . Dan juga bermacam perihal lain lagi yang membuatkan aku khusyuk mendengar . Seolah dia adalah pencerita yang membuka mindaku .

Aku sangat suka ciri-ciri yang ada padanya walaupun berbeza agama dan bangsa .Kadang-kadang aku rasa keliru dan sedih kerana menghadapi pertemuan dan perpisahan ini . Walaupun beribu kali buat hidup ini , seolah kehilangan dan hati seolah tertinggal di situ .


Esok aku akan meninggalkan tanah ini selama enam bulan yang akan datang .

Ini adalah pertama kali aku suka pada lelaki yang berbangsa lain .

Salahkah aku ?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...