Friday, July 19, 2013

Bungkam

Aku bungkam bukan kerana tidak menghuraikan . Aku bungkam kerana tiada apa yang boleh aku katakan . Katakan saja hanyalah melalui senyuman yang sengaja di ukirkan . Pastikah tiada apa makna secara zahir di situ .

Dunia yang dirasakan begitu seronok sebenarnya tidaklah segembira mana . Matahari yang baru memancar rupanya kelam kembali . Itulah diri aku , yang aku rasa sangatlah malang . Dirasakan begitu kerana aku tersangatlah sedih dan sepi . Walaupun aku percaya yang Allah akan selalu ada di sini dan di sisi . Namun , aku hanyalah hambanya yang kerdil . Tidak terlepas dari segala kesilapan . Tidak jua terlepas dari segala ujian .

Pernahkah mereka terfikir bahawa dunia ini sebenarnya kejam ? Kejam itu bagaikan mencarik-carik hati dengan sembilu . Membuat nafas semakin menyekatkan dan sakit . Sakit sangat .

Pernahkan mereka terfikir bahawa dunia ini sebenarnya tidak adil ? Ya , tidak adil . Tiada yang adil di sini , segalanya bagaikan neraka . 

Ya Allah kenapa perasaan ini sungguh menyakitkan .

Tapi aku tidak boleh jatuh , kalau aku jatuh siapa yang akan bangkitkan aku ?

Aku harus simpan jauh di sudut hati . Walau seperit mana aku akan cuba . Hanya ini sahaja pengorbanan yang aku dapat lakukan .

Ya Allah , temani aku Ya Allah dalam suka & duka . Jauhkan aku dari segala kesedihan yang sering menghantui aku akibat dunia yang sungguh kejam ini .

Ku mohon .

1 comment:

pha is said...

dunia x kejam, yg kejam adalah manusia.. kalau rasa dunia dah tak adil, jangan berharap kepada dunia. haraplah kepada Allah kerana Dia maha adil.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...