Thursday, August 1, 2013

Ujian



Ujian . Perkataan itu seolah sudah tertanam sejak azali dalam hati . Tiada siapa yang boleh merasai apa yang kita rasa . Tiada siapa yang boleh berkongsi kesusahan apa yang kita kata , semua perkara itu terlalu subjektif . Bagaikan lukisan yang mempunyai maksud yang terlalu seni . Terlalu halus .

Aku sudah cuba untuk menjadi seorang wanita dan aku cuba berubah serta mencuba mengikhlaskan hati . Aku tidak tahu sama ada mereka tahu atau tidak akan perubahan itu . Namun , kenyataannya siapa kita tiada siapa boleh memuaskan hati semua pihak . Ini adalah masalah sesama manusia . Mereka yang masih tidak sedar akan realiti hidup .

Aku tidak berputus asa . Walaupun , sudah banyak kali aku kata , aku tidak akan pernah mengalah , tetapi tidak mustahil aku sudah banyak kali terjatuh dan jatuh . Untuk bangkit perlukan kekuatan hati yang penuh bukanlah senang . 

Apakah aku cuba sampaikan ?

Aku bukanlah sempurna ,
Yang cantik seperti tuan puteri.

Aku bukanlah gadis ,
Yang pandai memainkan kata .

Aku bukanlah sempurna ,
Yang ada segalanya .

Aku adalah aku ,
Seorang yang cuba untuk tabah .

Aku adalah aku ,
Yang lemah cuba untuk kuat .

Aku adalah aku ,
Yang cuba untuk selalu bersemangat ,
Walaupun berkali tersungkur .

Aku adalah aku ,
Yang melawan segala kata nista ,
Walaupun cuba menjatuhkan .

Dan , aku adalah aku ,
Yang tahu erti perjuangan sebenar ,
Berkorban untuk keluarga tercinta .

Aku adalah aku ,
Yang selalu ada ,
Untuk orang yang aku sayang .

Aku adalah aku ,
Yang selalu memohon ,
Agar akan ADA suatu hari nanti .

Insya-Allah :)

Dengar lagu Imran Ajmain - Dikalung Kasihan .

3 comments:

pha is said...

sabar.. ujian dugaan untuk orang beriman...

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Al-Baqarah 2:155)

W. Mastura said...

Terima kasih abang Pha Is :)

pha is said...

sama-sama.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...