Saturday, August 24, 2013

5 Sebab Anda Perlu Pilih Jurutera Sebagai Pendamping Hidup


Sebenarnya aku saja untuk berkongsi idea ini yang sudah lama aku ketahui . Baru terdetik nak post bila terbaca blog Abg Pha Is . Sorry , kalau Abg Pha Is rasa Mastura curi idea blog Abg Pha Is . HIHI . Just for fun .

1. Kehidupan yang lebih selamat.
Seorang jurutera dapat memberikan anda kehidupan yang selamat. Pada umur 27 tahun, seorang jurutera telah mempunyai pangkat, pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lumayan dan tinggi untuk membeli kereta serta mempunyai rumah. Juga memiliki kehidupan yang selesa.

2. Kerajinan dan kegigihan yang tiada tandingannya.
Seorang  yang bergelar jurutera akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda. Ini kerana seorang jurutera sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka. Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka. Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha. Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira. Sebagai contoh (membeli cincin berlian = satu minggu kebahagian). Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

3.  Tidak akan mengkhianati anda.
Kekasih yang bergelar jurutera terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda. Oleh itu, seorang jurutera ialah the most secure sweetheart yang anda pernah temui, cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong kerana mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

4. Cuba memahami anda.
Seorang jurutera bukanlah seorang yang mudah putus asa dalam mengejar cita-citanya . Begitu juga dengan hal cinta, mereka lebih suka menganggap memahami anda adalah cabaran yang paling menyeronokkan .

5. Akan cuba melakukan yang terbaik.
Mereka bukanlah seorang kekasih yang suka melakukan atau menganggap hal ini adalah hal remeh . Jika mereka begitu serius dengan projek-projek besar, 10 kali ganda mereka akan serius jika mereka benar-benar sayangkan anda . Believe that engineer is the most romantic person . They will not give up for their love!

Sebenarnya, ia lebih kepada Jurutera Lelaki tapi kalau nama pun jurutera , JURUTERA PEREMPUAN apa kurangnya ? Berani , stylo dan  independent ! YEAH !

Trust me , I'm your engineer . With love and faith . HAHA .

LOVE to be an engineer . HAHA .


 

6 comments:

Fizi Zaidi said...

maga cita2 dan impian menjadi nyata mastura..:)

Fizi Zaidi said...

maga cita2 dan impian menjadi nyata mastura..:)

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jom ke blog saya pula.

W. Mastura said...

Thanks Fizi :)

pha is said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.....
baca tajuk pun dah nk tergelak.. hehehe.. x pe, x kisah pun..

hmm.. boleh tahan cik engineer kita nih.. heehehe

W. Mastura said...

amboii abg pha is...hehe ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...