Sunday, September 1, 2013

Mini Projek Softskill

Fotografi
Rupanya untuk lulus subjek AS 101 - Softskill (Subjek wajib lulus untuk Latihan Industri), kami perlu membuat Mini Projek dan kami diberi tugas oleh pensyarah untuk menjalankan Program Sukan. Dan, paling mengejutkan, aku telah dilantik bagi pihak pelajar perempuan sebagai Pengerusi Program tersebut . OMG ! 

Dan , sebenarnya aku langsung tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang Pengerusi dalam mana-mana organisasi sekalipun. Sebelum ini, aku cuma pernah memegang jawatan Setiausaha, Bendahari, Pengawas Sekolah tapi Pengerusi belum lagi. 

Semasa mengambil contoh kertas kerja dari pensyarah subjek kami, aku terus terang menyatakan bahawa aku tiada pengalaman untuk handle program apalagi sebagai seorang Pengerusi.

Dia kata tidak mengapa sebab benda ini kita belajar dari pengalaman. Kecut perut rasanya, itu baru rangka kertas kerja, belum lagi esok hari Isnin kena jumpa Ketua Jabatan dan Ketua Program untuk minta pengesahan. 

Jikalau tugasan subjek Softskill sebelum ini adalah pembentangan, ucapan awam, mesyuarat dan sebagainya selalu membuat aku menjadi seorang berdebar, inikan pula berjumpa orang yang paling penting dalam Politeknik . Masya-Allah , harap-harap aku menjadi seorang yang tenang dan profesional .

Doakan aku . Banyak betul cabaran untuk aku kejar cita-cita aku kan ;)



3 comments:

reenapple said...

You can do it. :)

Fizi Zaidi said...

tahniah mastura^^ awk boleh buat..itu kan pengalaman..x semua yang dapat..awak bertuah bagi yang x dapat.tapi beban bagi awak..apa2 pun good luck:)

pha is said...

insyaAllah, mastura boleh.. pengalaman boleh ditimba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...