Friday, August 9, 2013

Raya yang pudar

Mengunjung ke rumah saudara

Mungkin ini adalah kata-kata yang sangat mengecewakan . Sebenarnya sudah 3 tahun , raya kami seperti ini . Sejak terjatuh dalam ujian ini , aku sudah tiada semangat beraya lagi . Tiada baju raya , kuih raya dan sepatutnya yang baru dibeli dan meriah dengan saudara-mara seperti kelazimannya . Raya seolah sudah lama mati untukku .

Raya dalam keadaan sukar amatlah membuat aku senantiasa untuk mengalirkan air mata . Aku kasihan pada ibu & ayah yang berpendapatan cukup-cukup makan , tidak cukup untuk membeli persiapan juadah raya . Untuk memberi duit raya juga ibu menangis kerana tiada duit untuk diberi . Aku rasa geram dan sedih .

Aku berkata pada ibu . Kalau Kak Long jadi jurutera gaji RM5000 , Kak Long beli ayam sepuluh ekor daging sepuluh kilo pun Kak Long tak berkira . Ibu cuma mengucapkan Insya-Allah , Mastura kena rajin belajar .

Aku tidak boleh menangis meskipun raya ini adalah raya ketiga kami berada dalam keadaan miskin kerana , raya yang akan datang , aku tahu Allah mahu aku ubahnya suatu hari nanti . Namun , air mataku rapuh jua .

Aku terpaksa menahan sedih dan sebak tetapi air hangat ini mengalir jua .

Arghhhhhh !!!! Aku tak boleh patah semangattttt !!! Kenapalah aku selalu macam ni .



3 comments:

reenapple said...

Jangan patah semangat. Anggaplah ini semua adalah ujian dari DIA yang satu hari nanti DIA akan hadiahkan sesuatu yang manis samapai kamu tersenyum kembali. :)

Selamat Hari Raya. :)

pha is said...

insyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan-Nya..

Fizi Zaidi said...

miskin bukan alasan utk kia tidak meraikan hari kemenangan..ingat setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...banyakan berdoa kepada Allah tanpa jemu...sebab Allah suka hambanya yang takputus2 meminta kepada-Nya..suatu hari nanti pasti awk dpt apa yg di inginkan...dan bila dapat jangan pula lupakan DIA,,sebaliknya teruskan berdoa..insya-Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...