Friday, September 13, 2013

Post Mortem


Alam seolah-olah memahami perasaanku . Ia menangis bersama semasa aku dalam perjalanan pulang daripada kelas Softskill dan berjumpa dengan sahabatku , Sue . Walaupun berlainan jurusan dan jabatan , persahabatan kami tetap utuh . Dalam kelas tadi , kami ditugaskan untuk mengadakan mesyuarat post-mortem , iaitu mesyuarat selepas berlangsungnya program .

Dan , aku seolah-oleh dihujani pelbagai bentuk batu yang berat . Aku tak terdaya . Terus saja aku berlari keluar sambil menangis menuju ke washroom .

Sukar untuk aku mengambarkan betapa sukarnya tugas ketua , walaupun ia kelihatan hanyalah program sekecil-kecil di politeknik ini . Sukar untuk aku mengambarkan betapa kecewanya aku , kerana semuanya berbalik kepada kawan-kawan aku . Sukar untuk aku kata ketidakpuasan hati ini , kerana semuanya berbalik kepada aku . 

Aku bukanlah seorang yang kuat . Jadi selama ini aku menunjukkan perangai maskulin hanya berpura-pura yang aku seorang yang cukup kuat . Orang terlalu mudah , dengan mudah memijak hatiku , kerana aku tidak terlalu menunjukkan ketegasan aku hanyalah kerana aku fikir mereka adalah kawan-kawan aku . Tapi adakah mereka berfikir benda yang sama ?

Aku tidak berkata aku seorang saja yang betul kerana aku sudah melihat semua perkara yang sungguh nyata , membuatkan hatiku begitu retak . Retak seribu .

Dan , aku terpaksa menamatkan semua dengan perkataan maaf . Mudahnya mereka mengungkapkan maaf padahal hati aku terlalu sakit untuk itu . Aku akan tidak dapat memadamkan coretan yang terpalit dalam dairi hidup .

Mungkin , aku boleh menamatkan semua orang dengan maaf . Tapi , aku akan usaha untuk menamatkan diri aku untuk itu .

Sekembalinya ke dalam kelas , aku berasa malu kerana terpaksa menangis di hadapan semua rakan sekelas . Mereka meminta aku yang mengisikan markah mini projek Softskill . Dari markah 1-5 , aku hanya menanda semua aspek adalah 4 markah .

Aku terus bergerak ke hadapan dan memberikan kertas penilaian kepada pensyarahku, En. Rizal .

"Kalau awak nak buat semua 5 pun tak apa ." En. Rizal bersuara . Dengan menahan tangisan dan suara sedikit tersedu aku bersuara .

      "Encik, ini markah individu ke kumpulan ?" Tanyaku . "Kumpulan . Kenapa kalau awak nak isi markah yang baru pun tak apa ." Aku segera mengangguk dan mengeluarkan sebatang pen dari beg biruku . En. Rizal memberikan aku kertas penilaian projek yang baru . Laju sahaja aku menanda segalanya 5 markah .

"Okay , terima kasih dan tahniah Mastura . Awak telah berjaya menjalankan mini projek ." Kata En. Rizal sambil tersenyum . "Macam mana jadi ketua ? Okay ?" Sambungnya.

             "Susah En. Rizal ..." Kataku separuh menangis .

"Mastura , cuba bayangkan Ketua Jabatan jaga hampir 100 staff di bawahnya. Bayangkan , Pengarah Politeknik harus menjaga hampir 5,000 staff di bawahnya dan bayangkan Perdana Menteri kita harus menjaga 28 juta rakyat Malaysia di bawahnya . Beribu kali susah daripada awak." Kata En. Rizal .

           "Tapi , En. Rizal, saya rasa benda ini tidak adil . Saya tak layak jadi Pengerusi , kenapa ? Ya , selama ini orang kata saya hebat , saya berani tapi semua ni nothing . Encik tahu tak , saya ada masalah family , masalah hidup sampai drag dalam kehidupan dengan kawan-kawan dan pelajaran ."

"Mastura , semua orang ada masalah mereka yang tersendiri . Kawan-kawan awak pilih awak sebab mereka hormat awak ."

        "Tak , Encik . Mereka pilih saya sebab mereka tak nak beban . Mereka dah tak hormatkan saya lagi sebab dia orang dah tahu luar dan dalam saya , rahsia saya dan dia orang boleh pijak kepala saya . Kadang-kadang saya rasa seorang diri dekat sini . Ya , memang saya ada ramai kawan tapi mereka cuma boleh jadi kawan gembira , bukan kawan saya dalam situasi macam ni ."

             "Dan , Encik . Selama ini saya terpaksa bina semangat dan beranikan diri sebab saya nak sangat jadi seorang jurutera . Itu memang cita-cita saya sejak saya Tingkatan 4 lagi , saya nak sangat kejar cita-cita saya dan macam-macam saya hadapi sejak sekolah lagi . Tapi , kenapa saya yang kena semua ni dan orang lain semua macam tak ada apa-apa . Kadang-kadang saya fikir , boleh ke saya jadi jurutera dengan keadaan saya yang macam ni , mudah menangis bila saya rasa marah dan sedih . Saya rasa tak yakin dan kuat , sebab orang dah banyak kali menjatuhkan saya ." Air mata tanpa segan terus mengalir bersama . Semua pelajar perempuan sudah lama menghilang dari kelas . Tinggal beberapa pelajar lelaki masih bermesyuarat di belakang kelas . Aku sudah tidak peduli apa pandangan mereka yang penting aku jujur yang aku sakit .

"Mastura, awak memang layak jadi ketua . Kalau tak , program ini takkan berhasil . Awak boleh jadi ketua cuma mungkin awak ada sedikit kelemahan di situ . Kalau memang awak nak jadi jurutera , lagi banyak meeting yang awak kena handle . Macam mana kalau kontraktor , surveyor semua tak puas hati then argue dengan awak . Awak kena banyak tabahkan diri , jangan biarkan perasaan menguasai diri . Bila Latihan Industri lagi banyak yang awak kena hadapi . Banyakkan membaca buku-buku kepimpinan , okay ."

"Baik En. Rizal ."

"Okay, tahniah Mastura ."

            "Okay, terima kasih banyak En. Rizal ." Kataku sambil menundukkan kepala . En. Rizal cuma mengangguk dan aku berlalu keluar .

Dan , hujan terus merintih .

Dunia memang tidak adil . Dan zaman ini memang mencabar .

Semoga aku akan hadapi dengan profesional akan datang . Aja aja fighting .


5 comments:

reenapple said...

Satu perkara bila aku jadi AJK ketika di U, jangan pernah pilih kawan kita untuk jadi 'anak buah' kita. Sebab akan muncul perasaan bersalah n lot s of things after that.

It's ok. Kau ambil saja ini sebagai pengalaman. Pengalaman mematangkan kita bukan?

tenku butang said...

done follow sini no. 145
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Sally Samsaiman said...

it's actually 28 juta penduduk Malaysia..bukan 2.8..hehehe

adik, memegang tanggungjwab ni sama mcm kita pegang amanah...amanah yg org percayakan kpd kita...ada sebab kenapa kita dpt pegang amanah tu...sbb kita org yg terpilih...you should proud of yourself Mastura!

pha is said...

betul cakap en.rizal tu.. kat dunia luar lepas habis blajar nnti, lagi mencabar.. jadikan masa belajar ni utk mula mencari pengalaman, spaya msa keje nnti kta tak de kejutan budaya... you can do it..

Yun Sing said...

Perkongsian ini banyak menyedarkan saya.. :') Terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...