Tuesday, October 15, 2013

Hikmah



Selamat Hari Raya Aidil Adha korang semua . Aishhh , nampaknya blog aku semakin sunyi bila dah nak dekat Final Exam Sem 3 ni .

Hari tu aku sudah pun mendapat buku Jurnal Refleksi untuk Latihan Industri nanti . Nampaknya , perjalanan aku belum tamat lagi . Kadang-kadang , bila aku teringat dari hari pertama berada di Politeknik Sultan Idris Shah ini , aku tersenyum , gelak sorang-sorang sebab banyak 1001 satu pengalaman dan kisah aku dekat sini .

Aku tahu , selama ini aku suka buat segalanya sendiri , jarang ada teman di sisi aku disebabkan aku sudah terbiasa dari sekolah . Aku pula lebih suka berdikari dan tak suka bergantung dengan orang lain untuk rasa selamat . Aku tahu mungkin ramai kawan aku yang selalu berkecil hati dengan aku . Aku tak kisah . Aku faham aku belum sempurna lagi untuk orang sukakan aku apalagi anggap aku sebagai kawan baik mereka .

Sudah setahun lebih aku di sini . Aku mungkin akan rasa sedih dan kecewa jikalau aku terus menerus mengingati apa yang berlaku di sini tapi aku percaya semua ini telah membawa aku ke satu dunia yang akan aku jejaki nanti . Aku tidak mungkin akan selamanya di sini . Segala kesedihan dan peristiwa yang berlaku banyak buat aku sedar yang aku bukan selamanya remaja dan muda . 

Aku harap , suatu hari nanti aku akan dapat jawapan di sebalik segala hikmah dan pengorbanan ini .

Aishhhh !!! Tak nak sedih-sedih . Aku kan nak jadi jurutera , mana boleh sedih . Nanti jadi jurutera lagi banyak orang nak tibai kita tau . Kalau tibai , silat bagi sepak layang sudah . HAHA .

Selamat Hari Raya Aidil Adha korang . Doakan aku berjaya dapat AKJ (Anugerah Ketua Jabatan) / Dekan untuk Semester 3 , okay ?

Peace :)

6 comments:

Fizi Zaidi said...

biasalah tu mastura..semua orang lalui..yg penting jangan cepat putuh asa..salamm aidiladha :)

reenapple said...

Selamat hari raya dan Good luck exam dear. :)

SENORITA ZATY said...

http://Fun4Days.Com/?share=185539
Jom clik mastura.. hehehhe

SENORITA ZATY said...

Slmat hari raya

Sally Samsaiman said...

best of luck ye syg! :)

pha is said...

good luck untuk Final Exam Sem 3 ni.. smoga berjaya dapat AKJ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...