Monday, November 18, 2013

Jodoh pasti bertemu

Jodoh
Assalamualaikum & selamat petang . Rasa nak tulis tapi belum idea nak update pasal apa . Mungkin pasal jodoh sebab benda ni selalu berputar ligat dalam kepala aku semenjak akhir-akhir ni . Almaklumlah , orang kata dah ada buah hati pengarang jantung . Cehhh , sila jangan rasa menyampah . Segan saya , haha .

Kadang-kadang aku pun rasa benda ni tak terlalu awal ke ? Kadang-kadang benda yang sering kita takutkan dalam hidup , paling kita takut untuk hadapinya . Kadang-kadang , bila percaya adanya jodoh tapi seringkali situasi berlaku amat berlainan apa yang kita fikirkan . Bagi dia , biarlah waktu yang menentukan . Tapi , aku seringkali memikir kita tidak mungkin akan tahu apakah yang akan terjadi pada masa hadapan . 

Apa yang pasti , jodoh ada sesuatu yang misteri . Sungguh misteri . Kita hanya akan sedar jodoh kita apabila kita selesai dinikahkan . Sekarang , kita hanya mampu berdoa pada Yang Esa agar Dia memberikan seseorang yang terbaik dan sesuai untuk kita . InsyaAllah .

Tapi, bila kita cintakan seseorang seringkali kita mengharapkan bahawa dia akan menjadi jodoh kita , dialah peneman kita di hujung kehidupan dan sebagainya . Dan , saya terpaksa berbalik ke dunia realiti kerana dunia tidaklah seindah itu untuk digambarkan .

Tapi, saya hanya berdoa ... semoga awak adalah jodoh saya . Semoga Allah izinkan awak jadi Imam di hati saya . Jikalau tidak , pasti kita akan berasa sedih . Okay , saya dah janji tak nak sedih lagi .

Kita takkan mungkin tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan . Oleh itu berdoalah, berusahalah , berikhtiarlah dan bertawakal . InsyaAllah . Doakan saya , amin ;)


5 comments:

reenapple said...

Doa tu senjata yang paling hebat. Teruskan berdoa jika awak mahu dia jadi jodoh awak dunia dan akhirat.

Dan ya... jodoh tu adalah sesuatu yang misteri... dan actually banyak benda yang aku nak cakap bila melibatkan perihal jodoh tapi setakat ini je la.

Apa2 pun I hope he's the one that HE sent to you. :)

W. Mastura said...

Saya pun berharap dia adalah satu-satunya . InsyaAllah ;)

Pha Is said...

ameen.. smoga jodohnya sampai..

W. Mastura said...

Insya-Allah . Amin :)

Afasz said...

macam baca novel plak ..

insyaAllah jodoh tu akan ada. kite kene sntiasa doa+usaha+istiqamah+tawakkal=DUIT. Allah akan tolong percepatkan jodoh. itu lebih baik
...

seronok bila dah ber2 kemudian ber 3 dan seterusnya.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...