Sunday, November 24, 2013

Nasihat untuk hidup






Tadi masa aku practise untuk speaking English sambil rakam suara, aku terjumpa rakaman suara yang lama. Bila aku try dengar baru aku teringat yang Sue nasihatkan aku selepas beberapa hari balik daripada kursus dekat Johor tu, kawan sekelas aku yang berbangsa India, Sue berjumpa dengan aku sekejap di hostel dan bertanyakan beberapa soalan kepada aku. Dan, aku pun curi-curi merakam perbualan kami menggunakan perakam telefon bimbit.

Dia tegur aku, dia kata aku seolah-olah tidak mahu bergaul dan bercakap dengan mereka sekembalinya daripada Johor. Mungkin, aku masih tidak boleh lupakan apa yang mereka kata semasa Mesyuarat Post Mortem. Semasa di Johor, ketua kumpulan kami selalu berkata yang dia mempunyai ahli kumpulan berani dan passion seperti aku tapi apa yang Sue nampak sebenarnya aku masih belum sampai tahap itu. Aku mengakui itu dalam hati.

Memang di dunia ini, orang tidak akan pernah berhenti menyakiti kita. Menyebar apa-apa yang buruk tentang kita. Mulut orang tidak boleh ditutup, yang penting apa yang kita lakukan buat orang selesa & gembira. Dia berkata, biarlah orang lain yang berbuat jahat kenapa mesti kita berdendam. Biarlah dia dengan dosa dia. Aku menangis. Dia menasihati aku untuk bersabar dengan dugaan hidup di IPTA. Walaupun berlainan bangsa, dia seolah arif tentang kesucian dan peraturan agama yang baik. 

Walaupun apapun perkara yang negatif, kita tetap harus positif. Jangan ratapi kesedihan dan masalah.  Belajar cara untuk pikat hati orang untuk berkomunikasi. Belajar untuk survive dalam hidup. Cuba tabahkan diri dan hati. Walau beribu luka dalam hati, cuba senyum. Senyum dapat menutup segala kecelaruan dalam hati. Kita tidak boleh seorang di sini dan sebenarnya kita bukannya hidup seorang-seorang. Kita yang buat diri kita macam seorang diri. Kita tidak boleh hukum diri kita sendiri. Katanya lagi, aku ada banyak kelebihan tapi sayang aku tidak pun menyedarinya. Dia minta harap dia sudah pun membantu aku untuk terus maju ke hadapan. Terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh kisah silam di belakang! Dia juga berharap aku akan terus memperbaiki ciri-ciri kepimpinan yang ada. Walaupun, terlalu banyak yang kita harus lakukan berbanding orang lain, fikirkanlah bahawa apa yang kita lakukan adalah suatu objek pembelajaran dan juga mematangkan serta memberi pengalaman pada kita suatu hari nanti.

Sebenarnya terlalu banyak nasihat yang dia berikan kepadaku hampir 3 jam lamanya termasuklah berjumpa seorang demi seorang classmates perempuan yang lain untuk 'membersihkan keadaan yang keruh'.

Semalam, aku ada berkata pada si dia yang sejak aku jatuh susah, terlalu banyak dugaan yang aku terima. Terlalu ramai orang yang suka berhasad dengki, busuk hati dan sebagainya namun dia hanya minta sesuatu pada aku.

"Saya nak minta sesuatu boleh? Saya nak lepas ni, awak jangan selalu cakap awak ni susah ke miskin ke atau apa-apa yang negatif. Sebab kata-kata ni doa. Fikir kalau masa awak cakap Allah dengar kata-kata tu, Allah perkenankan kata-kata awak yang negatif tu. Macam mana?"

Aku terkedu. Banyak betul kekhilafan yang ada pada diri ini. Terasa diri ini terlalu kecil daripada tapak sulaiman untuk berdiri di dasar bumi. Aku mohon agar orang-orang sebegini untuk terus berjuang dan sama-sama menasihati diri aku yang terlalulah rapuh disebabkan duniawi yang tidak pernah putus menguji penduduknya.

Semoga Allah memberkati kalian. Semoga Allah izinkan dia untuk terus bersama aku, temankan aku dalam dunia yang serba fana dan sunyi ini ;)

#Sebenarnya kekadang aku rasa diorang ni macam tak paham je perasaan aku yang sedih sangat dengan situasi aku. Tapi, sebenarnya diorg nak ajar aku tegar. Tak payah cakap benda negatif. Belajar bertahan. Itu je. Okay okay aku faham. Nak nangis. HAHA!!!


8 comments:

reenapple said...

Aku suka entri ni. AKu pun cuba perbaiki diri. Mudahan kita kekal tabah dengan ujian DIA. :)

W. Mastura said...

Terima kasih Kak Reen. InsyaAllah, kita cuba jadi yg terbaik. Amin :)

Pha Is said...

jangan nangis2 lagi yer.. :)

W. Mastura said...

HUHU. Baik Abg Pha Is :)

Afasz said...

bls kunjung.....

kite cube perbaiki diri sikit.. insyaAllah

W. Mastura said...

InsyaAllah. Thanks Kak Afasz :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tanahkan hati, jangan menagis lagi yea.

W. Mastura said...

Okay... HUHU ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...