Thursday, November 28, 2013

Ujian Memandu JPJ

Semalam pada hari Rabu bersamaan 27 November 2013, aku telah pun menghadapi Ujian Bahagian II (Ujian Menaiki Bukit, Parking & 3 Penjuru) beserta Bahagian III (Ujian Jalanraya). Sesungguhnya hari semalam adalah hari yang teruk & mencabar juga untuk aku. 

Selepas sempat berlatih setengah jam, baru mak cik ejen tu tinggalkan aku seorang untuk daftarkan diri dan ambil nombor. Sampai di meja kaunter, aku terus bertanyakan pengawai tersebut. Pengawai tersebut bekerja di bawah institusi sekolah memandu tersebut adalah mak cik yang berusia lebih kurang 50-an. Mungkin silap aku agaknya dia terus melenting. Dia berkata dengan kuat 'Assalamualaikum, kesian mak bapak penat ajar. Tak reti bagi salam'. Aku terkedu padahal aku cuma bertanya dengan suara perlahan dan dia membalas dengan suara yang amat kuat. Aku tahu itu meskipun salah aku, dia tidak berhak memalukan aku depan lebih 80 orang yang akan di uji di situ. Aku tersenyum dan berlalu duduk di tepi.

Setelah itu kami beratur dan memberikan kad pengenalan serta Lesen L kepada pengawai JPJ. Aku adalah orang ke-tujuh untuk giliran memandu Bahagian III (Ujian Jalanraya). Setelah aku membetulkan cermin sisi, cermin belakang, memeriksa wiper, signal, warning singnal, gear dan membetulkan tempat duduk. terus saja aku memasukkan gear satu dan meneruskan perjalanan perlahan-lahan. Semuanya seperti biasa dan sampai ke simpang yang jalannya agak berbukit, apabila aku mahu meneruskan perjalanan semula, enjin mati. Sekali lagi aku gerak enjin mati dan mati dekat 4 kali. Aku terdengar pengawai JPJ di sebelah aku berdecih tanda marah. Dan, selepas itu aku meneruskan perjalanan macam biasa. Apabila sampai ke lampu isyarat simpang 4, setelah aku memasukkan gear 1 dan gerak, enjin kereta mati lagi. Padahal, masa aku membuat latihan tidak ada pun benda sebegini berlaku.

Terus pengawai tersebut menekan warning signal dan meminta aku menukar tempat duduk. Dia menulis sesuatu dan meminta aku menandatangani borang tersebut. Sampai di tempat bermula, aku sudah lama tahu aku GAGAL Ujian Jalanraya. Sedih dalam hati dan kecewa di wajah. Aku terima dengan hati yang terbuka.

Pergi ke pondok menunggu di trek, aku membuat ujian untuk Bahagian II (Menaiki bukit, parking & 3 penjuru). Semasa aku sudah tepat di line kuning, setelah mengangkat tangan dan menyatakan nombor serta nama penuh dan aku mahu bergerak turun. Malangnya, disebabkan aku tarik handbrek terlalu kuat, aku tidak mampu untuk menurunkan semula. Pengawai JPJ tersebut adalah perempuan dan dia memaki aku di situ. Apa yang jelas dia berkata 'Ini satu penyakit lagi, handbrek tak reti nak turun, cikgu kurang ajar rupanya!'. Aku sudah tidak peduli akan kata-katanya kerana tenaga berperah hanya untuk menarik handbrek turun dan aku boleh meneruskan parking. 

Kemudian, pak cik yang menjaga kawasan trek itu membantu aku, dia menyuruh aku menekan brek kaki dan cuba menurunkan handbrek sambil berkata 'Awak tarik kuat sangat ni. Sepatutnya, awak tarik dua kali je. Satu. Dua.' Katanya sambil menaiki handbrek sekali lagi. Aku mengucapkan terima kasih kepada pak cik tersebut. Sampai di simpang turun bukit, aku memberhentikan kenderaan dan mengambil semula borang daripada pengawai tadi. Terus aku ucap terima kasih walaupun dalam hati berapi-api mahu menyepak muka dia. Dia yang kurang ajar sebenarnya.

Walaupun agak kecewa dengan kegagalan Ujian Jalanraya tetapi LULUS Bahagian II, aku juga agak kecewa dengan layanan mereka sebagai orang kerajaan. Ya, memang bukan aku seorang. Ibu bapa aku juga pernah dilayan sebegitu 50 kali ganda lebih teruk. Kawan-kawan aku juga. Dan, walaupun sekejam mana mereka, aku terima bahawa tiada apa yang sempurna. Seronok terasa diriku semakin kuat menghadapi kenyataan hidup. Alhamdulilah :)



9 comments:

Sally Samsaiman said...

sama la kita...akak pun tak lepas kat bukit...sbb hand brek tak boleh turun... :(

W. Mastura said...

HAHA . Sedihhh kita juga yang salah . Hmmmm :'(

Pha Is said...

adoi... jgn la takut2 kan org yg tak ambik lesen lagi ni.. hehehe

reenapple said...

Layanan perempuan dengan lelaki memang beza. Aku pantang gak yang style gitu. Hoi!

Apa2 pun good luck ya.

Sobri Yaacob said...

salam..
jagan sedih kita geng..
saya pun dua kali gak gagal kat bukut.
padahai bleh bawak kreta..
ai pelik..
salam kenal ya :)

W. Mastura said...

Abg Pha Is jangan takut pulak . HUHU :D

W. Mastura said...

Kak Reen. Biasa lelaki cool :)

W. Mastura said...

HUHU. Thanks Abg Sobri . Salam kenal :)

siti nur athirah Zainudin said...

Saya baru buat ujian JPJ
gagal kat bukit saya sedih stress duit lagi haha kesian dgn mak ayah saya! :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...