Monday, December 2, 2013

Hari Pertama Latihan Industri



Assalamualaikum . Sekejapnya masa berlalu, aku sudah pun menjejakkan diri ke Semester 4 di usia penghujung 19 tahun ini. Syarikat yang seringkali aku katakan adalah salah sebuah syarikat kejuruteraan yang terbaik di Malaysia iaitu Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd.

Aku menyewa bilik di Unipark Condominium yang berdekatan dengan kawasan IUKL Bangi agar mudah untuk aku ulang alik dari pejabat ke rumah sewa. Sewanya tiadalah terlalu mahal sangat, hanya RM250 sebulan per orang. Mula-mula pun rasa mahal tapi daripada kena keluar duit transport nak datang sini, kira save la jugak. Penting kita tahu berapa yang harus dikeluarkan setiap bulan. Adalah pertama kali aku menyewa bilik di rumah orang, tak apa cuba untuk berdikari :)

Permandangan dari tempat praktikal .

Bilikku syurgaku :)

Meja belajar mini ;)

Block IKRAM
 Dari pagi tadi hujan renyai-renyai. Nasib baik ada payung yang setia digunakan sejak Semester 1. Berjalan kaki sekejap dari apartmen kondominium tu, ke Block IKRAM. 

Hari pertama, kami memperkenalkan diri serta berkenalan dengan semua staf-staf di situ. Akak Fad sebagai Assistant Admin yang mengiring kami untuk memperkenalkan diri walaupun kita orang agak malu-malu tadi. HAHA .

Geotechnical Department

Tadi kita orang ada belajar pasal cerun. Terus Encik tu tanya, apa maksud geoteknik? Aduhh, nasib baiklah ingat-ingat lupa. Bantai jeh jawab untuk mengkaji jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanah, ketumpatan tanah semua . Sudahlah buku nota Geoteknik 1 tertinggal dekat rumah. HUHU. Kena buat nota pendek ni.

Thumb print
Then, pada sebelah petang kita orang ada turun kejap nak buat ID Thumb Print. Baru aku tahu rupanya mereka merekodkan kehadiran hanya dengan cap jari di situ. Patutlah tak nampak sangat dia orang pakai ID CARD dekat situ. HUHU. 





Masuk office bukak kasut. Sejukk >_<

Catat jangan tak catat :P

Perjalanan pulang, masih hujan renyai .

Siap pun diari report untuk hari pertama :D

Nota Auto Cadd .

Okay, malam ini ingat nak refresh balik ilmu software AUTOCADD & GEOTEKNIK . Bye :)

**UPDATE 15/05/2016
Maafkan saya kerana banyak komen yang saya terlepas pandang untuk membalas komen anda kembali.
-Untuk mencari bilik sewa di kawasan Unipark Condominium , saya cari di ibilik.my . Google pun boleh ;)
-Untuk praktikal di Kumpulan IKRAM Sdn Bhd anda boleh visit di official website KUMPULAN IKRAM

Maafkan saya ye sebab dah jarang update dan balas segala komen .
Semoga berjaya kawan-kawan semua :)


5 comments:

Pha Is said...

waa.. dah start LI...
good luck..

W. Mastura said...

Thanks Abg Pha Is . Wish me luck :)

Alif Afian said...

sya carik bilik sewa untuk 2 orang d unipark..demi allah penting..penat dh carik tp rak jumpa..mintak tolong..cal saya 0164763077

Aina Razali said...

hai, saya sedang mencari tempat untuk LI. boleh saya dapat kan emel syarikat ni ?

SUEasSU said...

hi sy sdng mncari tempat utk internship, boleh tak bagi saya email syarikat ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...