Thursday, December 26, 2013

Lawatan Ke Tapak Pembinaan

Cik Jurutera kecikk >_<
Hai , assalamualaikum semua .

Hari ni datang office tak tahu nak buat apa . Analisis cerun dari cross section A sampai J dah siap selepas ambil masa seminggu lebih untuk analyze . Huhu , memang mula-mula susah tapi sebenarnya seronok . So , disebabkan ada abg Assistant Engineer tu nak pergi site , maka supervisor aku pun bincang dengan aku boleh pergi ke site dengan syarat , belajar sebanyak yang mampu dan dengan syarat , aku perlu buat presentation depan dia apa yang berlaku di tapak pembinaan . Haishh , hilang sikit ke'excited'an aku tadi untuk site visit . HAHA .


Mula-mula , dari office kami di Bangi ke tapak pembinaan di Bangsar , berdekatan dengan area Pantai Dalam jugak . Untuk melihat proses bore pile di situ . Bore pile tu macam foundation tapi terdiri daripada reinforced concrete sebab ada steel bar dalam concrete tu . Mula-mula dia akan drill satu lubang dengan kedalaman tertentu dalam tanah then akan masukkan concrete diikuti dengan steel bar . Objektif dia , sudah tentu untuk tampung beban struktur di atasnya . So , ini adalah asas sebelum sebarang pembinaan dilakukan di atas muka bumi ini . Ini adalah pendapat aku . Kalau ada student engineering yang baca , maafkan saya . Saya pun baru belajar . HIHI 

Bore pile machine

Drilling the soil

Concrete pouring

Steel bar

Contoh . Ehsan pakcik Google
Okay lepas makan tengahari di Pantai Dalam dan solat di masjid , kami pun pergi ke Bukit Gasing . Di sana , kami belajar melihat cara Crib Wall dilakukan . Crib Wall tu adalah salah satu slope treatment yang ada untuk melindungi kestabilan cerun . 

Installation of Crib Wall


Kalau korang selalu lalu dekat highway , selalu nampak tak concrete yang susun petak-petak ni . Inilah dinamakan Crib Wall . Dekat belakang tu sebenarnya Soil Nail . So , dekat Bukit Gasing ni , dia just tambah Crib Wall supaya architecture dia nampak cantik sebab lepas susun batang-batang concrete tu nanti diaorang refill dengan crusher run (sejenis batu aggregate yang kasar dari kuari) . Bila dah refill lama-lama nanti tumbuh rumput merata kat permukaan Crib Wall . Mesti nampak cantik . HAHA . Merepek betul aku .

Yang paling seronok site visit yang kedua sebab kita orang dapat jalan (naik kereta kembara kontraktor) ke atas bukit dan menikmati permandangan Kuala Lumpur . Wahh indahnya ciptaan Allah :)

Indahkan permandangan bila ada atas bukit ni . Walaupun kerja jurutera mencabar , saya tetap seronok sebab ia membuka mata saya untuk sentiasa tabah menerima cabaran dan mengajar saya erti kedewasaan serta situasi dunia yang sebenar . Takkan saya patah semangat lagi . Insya-Allah :)

4 comments:

reenapple said...

baru faham kerja jurutera. :D

Good luck in achieving your dream. :)

W. Mastura said...

HUHU . Thanks Kak Reen . Akak pun semoga berjaya dalam apa jua impian akak . Insya-Allah :)

Sally Samsaiman said...

pakai bore pile je..? ohh...company akak selalu guna RC je...tak pon spun pile...bore pile tu utk special case je..hahaha

W. Mastura said...

HAHA . Tulah , dah mmg kes dia pakai Bored Pile . Mmg tanah yg ada problem kut , tak tahu lah . Tp Klu RC , Spun Pile senang la nak study . Bored pile susah nak paham . HAHA .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...