Wednesday, December 11, 2013

Tanggal 11.12.13


Sudah dekat seminggu aku rasa macam ni . Perasaan yang tidak mahu aku rasa bila aku tiada komitmen dengan sesiapa . Aku tidak tahu untuk mengadu pada siapa kecuali pada yang Esa . Aku tahu mungkin Dia ada sebab-sebab tertentu untuk memberikan dugaan hati ini untuk aku .

Tiada apa yang istimewa pada tarikh ini . Cuma , tarikh ini adalah tarikh kemuncak rintihan aku pada-Nya kerana aku terlalu amat merindukan dia . Mungkin , disebabkan dia terlalu jauh daripadaku maka aku tidak tahu apa-apa berita tentangnya . 

Kadang-kala, Dia uji aku sekali lagi . Di saat aku terlalu rindukan dia , aku menghadapi tekanan di sini dan terdapat seorang di sini seolah-olah menjadi bayangannya walaupun berlain orang . Aku terpaksa menguatkan dan menabahkan hati untuk berhadapan orang yang seiras dengan orang yang aku rindu dan dia bukanlah lelaki yang aku suka kerana darjatnya yang lebih tinggi daripadaku . 

Waktu kadang-kala begitu bahagia, kadang-kala begitu sepi . Dan , aku tidak dapat menzahirkan kesedihan hati yang terpendam disebabkan suasana dunia yang begitu kejam dan realisitik .

Aku cuma dapat menzahirkan kesedihan di saat menyujudkan diri untuk-Nya . Meminta Dia membukakan hati dia untuk menghubungi aku walaupun cuma satu kali . 

Adakah aku salah kerana menerima perasaan ini ke dalam hati ?

Lagi dua hari , genap dua bulan perasaan ini terukir untuknya. 

Saya cuma berdoa , seandainya awak jodoh saya ,
Allah akan pertemukan dan menyatukan kita .
Walaupun perjalanan kita masih panjang .
Doakan saya kuat dan tabah di sini dalam hari-hari tanpa awak di sisi .
Maafkan saya jika saya jauh daripada awak .
Salam ;)



3 comments:

reenapple said...

DIA tak akan turunkan ujian kat kita kalau DIA tahu kita tak mampu hadapi ujian yang diberikan. Aku yakin kau pasti overcome masalah ni. Be happy. That's much better.

Soal rindu... normal la kot, bila hati ada someone. But you wil be Ok. :)

W. Mastura said...

Yup Kak Reen :)

Pha Is said...

smoga segalanya dipermudahkan-Nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...